Universiti, adalah diambil daripada perkataan Latin universitas magistrorum et scholarium, yang bermaksud ‘pengumpulan guru-guru dan ahli intelektual. Jadi,universiti sepatutnya terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa/i yang berfikiran terbuka dan berpengetahuan. Sebagaimana diketahui, universiti adalah sesuatu tempat bagi mahasiswa/i untuk menyediakan diri sendiri sebelum menjejak langkah ke dalam masyarakat. Tempoh pembelajaran di universiti adalah tempoh masa yang paling sesuai bagi mahasiswa/i untuk melengkapkan diri supaya dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat kita hari ini. Pilihanraya kampus merupakan satu program yang dapat membantu mahasiswa/i dalam mengenali pilihanraya umum yang sebenar di samping memupuk sikap kepimpinan dan keprihatinan terhadap situasi dan isu semasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa persoalan yang timbul disebabkan oleh kepincangan pilihanraya kampus ini.
1. Fenomena Wakil Pelajar tidak mempunyai kuasa sebenar,dimana kebanyakan Wakil Pelajar adalah mengikut arahan pihak universiti telah menyebabkan mahasiswa/i mempunyai salah tanggapan bahawanya mereka memilih seseorang wakil untuk mengikuti arahan universiti dan bukannya untuk mewakili mereka dan bersuara terhadap ketidakadilan.Tambahan pula,segala pentadbiran universiti adalah diuruskan oleh pihak universiti dan bukan wakil pelajar. Adakah ia telah member konsep yang salah terhadap mahasiswa/i bahawanya MP yang dipilih melalui pilihanraya umum juga tidak mempunyai kuasa yang sebenar dan tidak berani bersuara?
2. Ugutan pihak universiti, Perwakilan Pelajar dan Jaksa(Jawatankuasa Kebajikan Kolej,kononnya) terhadap pelajar tahun satu bahawanya jika mereka tidak undi calon tertentu, mereka akan dibuang kolej untuk tahun depan. Adakah ia memberi salah tanggapan terhadap mahasiswa/i bahawanya pihak tertentu juga akan mengugut rakyat dalam pilihanraya umum untuk mengundi calon tertentu? Patutlah kita ada kes ‘memberi gula-gula’ semasa pilihanraya, rupa-rupanya semua dilatih semasa universiti. Strategi memancing undi: ‘mengugut dan memberi ganjaran’
3. Campurtangan pihak universiti juga telah merosakkan keadilan pilihanraya kampus. Ia secara tidak langsung memberi satu takrifan kepada mahasiswa/i bahwa dunia ini tidak ada keadilan, semuanya bergantung kepada kuasa dan teknik kotor bagi mendapat kemenangan.
4. Tanggungjawab seorang Wakil pelajar bukanlah menjaga kebajikan mahasiswa/i tetapi hanya membuat kerja mengikut arahan universiti. Patutlah kita nampak hari ini ahli-ahli politik kita tidak banyak menjaga kebajikan sebaliknya menimbulkan masalah kepada rakyat.
Mahasiswa/i masa depan negara. Pemimpin negara beginikah yang anda mahu? anda ingin lagi terus menipu diri sendiri dan menipu orang-orang di sekeliling anda? Ingat, universitas magistrorum et scholarium, anda sepatutnya seorang ahli intelektual yang tidak mudah diperbodohkan oleh pihak atasan. Berfikirlah!
Dipetik dari ukmstudentunion.blogspot.com (weblog berbahasa mandarin yang pro kepada GMUKM)
0 comments:
Post a Comment