Kuala Terengganu – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) digesa tidak campurtangan dalam politik kampus kerana ia akan menimbulkan keresahan masyarakat terhadap prestasi Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan kualiti graduan yang dihasilkan.
”Apakah kewajarannya? Mengapakah KPT terlibat dengan politik kampus? Apakah sebenarnya peranan KPT?”
”sepatutnya tumpukan usaha tingkatkan prestasi universiti, pastikan ada universiti
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan pihak KPT mengarahkan supaya pilihanraya kampus (PRK) bagi IPTA di Lembah Klang ditunda kepada Januari depan.
”Orang sudah kenal siapa puteri umno dan pemuda yang menjadi dalang, merosakkan halatuju pendidikan tinggi, mereka masuk kedalam kampus dan berkempen,
”akhirnya mahasiswa tidak mempunyai idealisme sendiri, jadi kaku, takut dan menjadi graduan yang tidak berkualiti,”ujar beliau.
Justeru itu, beliau yang juga bekas Exco Pertanian Kerajaan Negeri Terengganu berkata, campurtangan berterusan UMNO dan Barisan Nasional terhadap pentadbiran universiti jelas membawa kesan yang buruk kerana menurut laporan ‘ranking’ universiti yang dikeluarkan baru-baru ini.
”Semua universiti samada yang yang dianggap terbaik atau yang di anggap terpilih untuk menyertai Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan (Apex) masih berada di tahap dibawah tangga ke 200,
”Universiti Malaya (ditangga) 230, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada ke 250, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) yang terpilih sebagai universiti Apex, jatuh kedudukannya dari tangga ke 307 dari ke 313 tahun lalu,”jelas beliau.
Menurut objektif yang dipaparkan dalam laman rasmi KPT, kementerian tersebut meletakkan sasaran akan memastikan supaya sekurang-kurangnya tiga (3) universiti negara disenaraikan sebagai antara 100 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia, menjelang tahun 2020.-buletinonline.com
0 comments:
Post a Comment