Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 30, 2008

PMUKM sudah tak sah..Singkirkan Pemimpin Tak Beramah dan Beretika


Sejak 2 Oktober lalu, secara automatik, PMUKM (Baca Aspirasi) telah terbubar Hal ini kerana pada 2 Oktober tahun lalu, merupakan tarikh pelantikkan mereka memegang tampuk pemerintahan PMUKM selama sepenggal iaitu dalam tempoh satu tahun.

Oleh itu, tiada alasan yang kukuh untuk Aspirasi terus mendominasi PMUKM. Mereka tiada hak di sisi undang-undang dan juga moral untuk menggunakan segala kemudahan yang ada di Bilik PMUKM, atau menyalahgunakan kuasa mereka sebagai MPP.

Wartawan GMUKM melihat dengan mata kepala sendiri, bilik PMUKM dijadikan tempat bermadu kasih. Dengan membawa teman wanita mereka ke dalam Bilik di

Aras 3 Pusanika itu, kononnya atas alasan untuk belajar. GMUKM mengutuk tindakan tak bermoral ini oleh mereka yang bergelar MPP (Kalau ini fitnah, sila nafikan wahai si ...AS). Dengan kes mantan Presiden dan Timbalan Presiden (mantan sebab mereka dah tak sah pegang jawatan..seorang resign..seorang lagi dah convo) masih tidak disiasat, ini pula timbul kes yang baru. Sudahlah kemudahan MPP seperti yuran kolej masih berjalan dengan free. Malahan bilik PMUKM pun digunakan semaksimun mungkin sebelum mereka tinggalkan pejabat tersebut.

GMUKM dengan tegas menyatakan bantahan terhadap tindakan segelintir MPP Aspirasi yang bertindak di luar batasan moral dan undang-undang itu. Konsep istilah caretaker cabinet adalah tidak wujud sama sekali bagi PMUKM ini. GMUKM mendesak agak jangan guna kepentingan seluruh mahasiswa bagi kepentingan individu.

GMUKM tidak hairan akan penyelewengan ini kerana kita sudah maklum, bahawa perangai Aspirasi adalah suka gunakan kepentingan mahasiswa bagi tujuan peribadi. Penyelewengan, pecah amanah, tidak bermoral, songlap..agak sinonim dengan Aspirasi yang boleh dibuktikan melalui lampiran fakta kes dan peristiwa...Ketidakprihatinan mereka terhadap kebajikan mahasiswa terutamanya harga yuran kolej. Adalah disebabkan oleh uuran kolej mereka free mengakibatkan mereka takut untuk menyuarakan ini kepada pihak Kolej. Jelas mereka memandang enteng kenaikan yuran di semua Kolej terutamanya di KPZ dan juga KKM.

GMUKM akan sentiasa mengintip perbuatan mantan PMUKM ini dalam tempoh sebelum PRK ini. Jawatan mereka sebagai MPP sebenarnya sudah berakhir dan tidak sah mengikut undang-undang Universiti.

Segala penyelewengan PMUKM sekarang, wajar diberhentikan segera. Sebelum mahasiswa menjadi bertambah muak dengan perangan anda wahai si MPP Aspirasi. Hentikanlah penyelewengan, marilah bersama-sama GMUKM membina UKM yang unggul dan mahasiswa yang berpersonaliti tinggi berpaksikan nilai keintelektualan, kebajikan dan juga falsafah UKM sendiri.

Awas MPP Aspirasi. Mata dan Telinga GMUKM sentiasa memerhatikan anda. Walaupun pihak pentadbiran memejamkan mata terhadap penyelewengan anda, tetapi bagi mahasiswa yang membayar yuran untuk PMUKM..Untuk Universiti.. Berhak tahu dimanakah duit itu digunakan dan apa faedah yang mereka perolehi apabila mengeluarkan duit itu. Adakah semata-mata mengenyangkan perut dan menggemukan poket si Aspirasi (yang boleh melancong ke luar negara dengan free). Atau memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada mahasiswa untuk menimba ilmu di perbukitan ilmu ini.

10 comments:

Ibnu Zain said...
This comment has been removed by the author.
Semalu@Mimosa said...

salam..brenti la dri mgutuk je PMUKM tu..say thu la diorg tu lawan korg..tp..pernah ke korg puji n ucp pghargaan ttg prgram yg PMUKM dh buat serta isu yg dh setle mcm isu air n isu bas..n bbrapa lg...say tgk dlm blog GMUKM xde pun lg post pghargaan kpd diorg...jgn krana kuat mgutuk org jd xsuka pd GMUKM...

analogue said...

salam..
semalu@mimosa,
mengutuk? saya rasa perkataan menegur lebih sesuai. pimpinan perlu sentiasa ditegur kerana mereka buknnya nabi. memuji? harus dijauhi, kerana riak akan timbul oleh itu lupa diri. pasal isu bas dan air ni, sebenarnya berlaku hampir saban tahun semenjak era pimpinan 2000 hinggalah 2004, tak pernah surut2. yala, takkan nak merengek acapkali kemudahan macam ni kita ta boleh handle. kamukan mahasiswa bukan budak tadika.ada akal pakai, kalau terlewat ke school cari alternatif lain macamna nak sampai awal.

Anonymous said...

saudara analogue...
saya nak tanye...Nabi ada ajar ke nak menegur cara camnie??nie name menegur ke??ingat..matlamat tidak menghalalkan cara...

muhasabah balik..apa yg korang wat nie dinamakan menegur ke??pernah ke korang berbincang utk menghadapi masalah..??kalau tak silap saya Nabi dulu lebih pentingkan perbincangan...seperti perjanjian² yg Baginda pernah lakukan...

nie korang...name je perjuangkan Islam..tapi...cara tidak mengikut Islam...jgn nak kate dunia da moden n tak dapat nak ikut cara dulu..itu bukan jawapan tapi alasan...jgn nak kate Islam Hadari atau pape la...

satu pesan sye...jgn menunjuk kebodohan sendiri...

analogue said...

bro benci fitnah,
benda ni takkan berleluasa sekiranya perbincangan dan kata sepakat dah dimeterai, jangan batu dibalng tangan disorok. jangan tak mengaku kebodohan diri apabila bersekongkol. yela, adil ke lawan yang dihadapi bukannya sama taraf, bilamana semua habis disuap oleh mereka yang bernafsu tinggi. come on la bro benci fitnah, benda ni memang ternyata berzaman, dari tsb sampai ke aspirasi, harapan nak menjulang mahasiswa ke peringkat tertinggi, kini apa dah jadi??? mahasiswa jadi bahan ketawa sana sini... U tergadai, rangking dunia pun ntah apa dah jadi. mahasiswa kena bersatu, bina ballik jati diri, salah gmukm kita teguri, betulnya ia kita teladani

Anonymous said...

bro di bulan ramadhan yg mulia ini marilah kita samer2 berbuat baik sesamer insan.....jangan kita asyik menyalahkan orag lain jer...bulan yang baik ini samer2 kita beratafakur, memuji Allah dan bermuhasabah diri bayk2 kan bertaubat dan memafkan kesalahan orang lain....begitu juger aku berpesan pada diri aku..

Anonymous said...

apa citer budak FPI kena tangkap berbogel dlm kete dgn awek dia tu.. aduh.. malunya..

Hari Pink said...

yeke...
tringin gak aku.
mn tau ada video ke..

hahahah...
trok btol remaja..

aku xtau la yg mn btol..
xyah kluar mngundi ar sng...

ada yang xpuas ati la 2..

Anonymous said...

"GMUKM tidak hairan akan penyelewengan ini kerana kita sudah maklum, bahawa perangai Aspirasi adalah suka gunakan kepentingan mahasiswa bagi tujuan peribadi."

Adakah adil melabel sedemikian?
Seolah2 budak aspirasi semua adalah jahat...
Dan budak2 GM semua baik giler...

adeq said...

kerana nila setitik akan rosak susu sebelanga..jadi kalau tidak mahu rosak nila nya..jauh kan susu dari nila..ada baik taruk gula..
harap maklum..

orang yang apabila diberi kepercayaan tapi menafikan kepercayaan itu..sampai bila2 dy tidak akan dipercayai..
sekian..

Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
an-Nisa' : 58

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !