Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Thursday, October 23, 2008

Suara Keadilan Online : Laporan keganasan pengawai UKM terhadap mahasiswa, Suhakam berdolak dalih


KUALA LUMPUR, 23 OKTOBER (SK) - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bersama Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) telah menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (Suhakam) mengenai kejadian kekasaran terhadap mahasiswa oleh pengawai keselamatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Majlis penyerahan memorandum tersebut diadakan di ibu pejabat Suhakam di Menara Tun Razak di Jalan Raja laut pada jam 3.00 petang dan memorandum diterima sendiri oleh Pesuruhjaya Suhakam, Dr Chiam Heng Keng.

Melalui memorandum tersebut, Suaram dan GMUKM mengutarakan isu daripada kejadian tersebut iaitu pengawai keselamatan UKM menyalahguna kuasa, bersikap kasar dan tidak profesional; testimonial pelajar yang dikasari oleh pengawai keselamatan tersebut; Menteri Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Datuk Seri Khaled Nordin tidak menyalurkan bantuan semasa kejadian; dan penglibatan polis dalam menakut-nakutkan pelajar.

Kejadian kekasaran tersebut telah berlaku semasa GMUKM berhimpun untuk menyerahkan memorandum berkenaan tuntutan keadilan dalam pilihan raya kampus (PRK) yang akan datang, kepada Khaleed yang berucap di Karnival kerjaya yang diadakan di Dewan Cancelor Tun Razak(Dectar) pada jam 4.00 petang, 17 Oktober lalu.

Menurut salah seorang daripada mangsa keganasan tersebut, Mohd Farid bin Hamlud, beliau dikasari dengan teruk oleh pengawai yang dikenali sebagai Mejar (B) Housaini Abdul Ghani melalui tanda nama.

“Semasa saya terlibat dengan lawatan ke tapak di perkarangan Dectar, saya telah dihimpit oleh beberapa pegawai keselamatan UKM berbangsa melayu,” cerita pelajar Fakulti Kejuruteraan itu.

Jelas Farid yang juga merupakan ahli Jawatankuasa Tertinggi GMUKM, pegawai tersebut bertindak kasar terhadapnya serta beberapa mahasiswa lain sehingga terdapat kesan cakar di bahagian badan dan tangannya.

Sementara itu, pihak Suhakam cuba berdolak dalih dalam menangani kes keganasan tersebut, dengan cuba menimbulkan beberapa isu dimana Suhakam menganggap mahasiswa yang menjadi mangsa dalam kejadian tersebut tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk membawa isu tersebut ketengah.

Suhakam akan membuat keputusan sama ada untuk menyiasat laporan tersebut atau tidak bergantung kepada hasil mesyuarat yang akan diadakan pada Khamis hadapan.

Suhakam turut meminta beberapa lagi bukti daripada mangsa termasuk laporan perubatan.

Dalam pada itu, Farid turut mendedahkan kejadian seumpama itu bukanlah perkara baru di UKM. Sebelum ini salahguna kuasa selalu berlaku di kalangan pegawai keselamatan UKM, termasuk menempatkan lebih 30 orang pengawai dengan bertujuan menakut-nakutkan pelajar yang ingin menyuarakan hak mereka dalam PRK.

Sedangkan, kejadian jenayah di UKM seperti kecurian sering kali gagal diselesaikan kerana mereka hanya ibarat melepas batuk di tangga di mana hanya dua pengawai keselamatan yang ditempat di kawasan hitam di UKM.

1 comments:

mieyna said...

mahasiswa mahukan tsunami PRK akan berlaku di bumi UKM. kami dahagakan perubahan dalam PMUKM. buat "Pak Guard" jalankan kerja kalian dengan berhemah bukannya menunujukkan belang di depan mahasiswa. mahasiswa mampu mengubahnya!!! student power...

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !