Selamat menyambut Tahun Baru kepada seluruh warga universiti Kebangsaan Malaysia khususnya rakan-rakan seperjuangan sekalian. Semoga kehadiran tahun baru ini mampu untuk menyuntik semangat kita untuk menjadi insan yang lebih berkualiti kepada pencipta, keluarga, masyarakat dan negara. Generasi muda pada hari ini, perlu sedar bahawa kita semua adalah tunggak dan harapan Negara.
Tahun yang baru, secara simboliknya, menandakan satu permulaan kepada yang lebih baik dan berusaha menyingkirkan segala kelemahan dan keburukan serta kita berusaha menegakkan kebenaran dan meruntuhkan kebatilan. Sudah tentu semua ini tidak bermakna sekiranya kita hanya berpeluk tubuh dan gagal melakukan sesuatu. Pendek kata, iltizam untuk melakukan perubahan sahaja tidaklah mencukupi, ianya memerlukan satu tindakan yang jitu berasaskan kefahaman terhadap Perubahan yang ingin dilaksanakan.
Mahasiswa sesungguhnya bijak serta berkemampuan untuk membezakan di antara intan dan kaca. Mereka sedar yang manakah program perubahan palsu serta satu agenda Perubahan berhasrat untuk membawa kepentingan kepada rakyat. Namun sekiranya kita gagal untuk menunaikan hasrat dan cita-cita baik tersebut untuk dikecapi mahasiswa, ianya akan kekal sebagai satu laungan kosong semata-semata.
Tahun 2009 menyaksikan kematangan Gabungan Mahasiswa dalam mengaturkan langkah demi meneruskan agenda perubahan yang diidamkan oleh seluruh masyarakat kampus Universiti Kebangsaan Malaysia. Satu demi satu pendekatan baru yang digunakan oleh Gabungan Mahasiswa semata-mata untuk merealisasikan Harapan Baru Mahasiswa. Bertemakan slogan BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN, maka dengan ini Gabungan Mahasiswa membulatkan tekad dengan penuh harapan untuk memastikan pada pilihanraya kampus yang dijangkakan akan berlaku pada bila-bila masa pada bulan satu ini, akan menjadi hak milik Gabungan Mahasiswa sekaligus mampu membawa perubahan kepada seluruh mahasiswa mahasiswi UKM. Jika pada hari ini, kebanyakan mahasiswa/I melihat kepimpinan yang ada dalam tampuk pemerintahan PMUKM ini adalah teramat lemah, maka dengan ini diisytiharkan bahawa Gabungan Mahasiswa sudah bersedia untuk megambil alih tampuk pemerintahan PMUKM pada pilihanraya kampus pada kali ini. Justeru undian anda kepada Gabungan Mahasiswa adalah teramat penting untuk merealisasikan perkara tersebut. Ayuh mahasiswa kita BERSATU BERUBAH untuk BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN…
Kini tibalah waktu untuk kita mendakap satu agenda Perubahan yang terperinci, cermat dan menyegarkan. Gabungan Mahasiswa menawarkan satu agenda yang seimbang, tidak hanya tertumpu kepada agenda kebajikan semata-mata, akan tetapi juga berusaha melahirkan mahasiswa minda kelas pertama yang sentiasa menjunjung tinggi falsafah universiti dan mampu untuk berkhidmat dengan baik kepada negara. Dengan kepercayaan Mahasiswa yang kita perolehi, kita akan menggembeling seluruh tenaga dan keringat untuk memastikannya terlaksana.
Semoga tahun 2010 menjadi tahun yang lebih baik kepada kita semua dengan harapan, kita semua mampu untuk menegakkan keadilan dan meruntuhkan segala kebatilan yang wujud dan sememangnya sedia ada. Dengan ini Gabungan Mahasiswa ingin mengucapkan Selamat TAhun Baru 2010 kepada seluruh Mahasiswa/I Universiti Kebangsaan Malaysia.

:::::BERSAMA MEMIMPIN PERUBAHAN::::::
0 comments:
Post a Comment