Bangi 27 Jan 7.00 pm| Para penyokong dari Gabungan Mahasiswa (GMUKM) telah dihalang oleh pihak keselamatan Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) semasa ingin menjalankan kempen bagi pilihanraya kampus yang akan dijalankan pada esok hari.
Saudara Affandi Abdul Rahman pengerusi MAMPU berkata penyokong Pro-Mahasiswa seolah-olah diperbodohkan apabila kebenaran yang diberikan pengetua kolej diabaikan dengan pelbagai alasan yang langsung tidak masuk akal.
"Kami amat kesal apabila pihak pentadbiran turut campur tangan dalam pilihanraya kampus pada kali ini". Katanya ketika ditemui wartawan GMUKM petang tadi.
Beliau berkata sepatutnya pihak pentadbiran perlu lebih berani untuk melepaskan mahasiswa supaya mereka mampu untuk membuat perancangan sendiri. Tindakan seperti ini menyebabkan Aspirasi tidak mampu untuk melaksanakan agenda kebajikan semasa 6 sessi pemerintahan mereka di PMUKM.
Menurutnya provokasi dari pihak keselamatan mengambarkan pihak atasan khususnya pengetua kolej telah menyalahgunakan kuasa dengan mengerah tenaga pihak keselamatan untuk mengelakkan penyokong Pro- mahasiswa menjalankan kempen.
Pihak GMUKM telah menerima surat memberi kebenaran daripada pengetua KBH untuk berkempen di kolej berkenaan bermula jam 5.00 - 7.00 malam tadi.
Para penyokong GMUKM amat kecewa apabila mendapati kawasan kolej tersebut sunyi sepi seolah-olah tidak berpenghuni dan pintu blok asrama telah ditutup oleh pihak pentadbiran disamping kawalan ketat pihak keselamatan.
Ketidakadilan jelas kelihatan apabila pihak Aspirasi yang dinaungi pengetua KBH bebas melakukan kempen kepada para pelajar disamping menggantung banner calon mereka di kolej berkenaan.
Semalam sorang lelaki pro-Aspirasi telah mengejar pelajar Fakulti Pendidikan yang ingin membuat perbincangan sehingga memasuki blok pelajar perempuan kerana khuatir mereka ingin berkempen kepada penghuni kolej.
0 comments:
Post a Comment