Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 20, 2010

Pro Mahasiswa Ungguli Pemilihan Pimpinan Mahasiswa

19 Jan- Kumpulan Pro-Mahasiswa memecahkan tradisi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan memenangi pilihan raya kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang berlangsung ahad lalu.

Dalam pemilihan yang keputusannya diumumkan lewat petang semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa menguasai 11 daripada 12 kerusi MPP yang dipertandingkan.

Ini kali pertama kumpulan itu menguasai majoriti MPP yang menawarkan 12 kerusi melibatkan empat fakulti.


Setiap fakulti masing-masing menyediakan dua kerusi dan empat kerusi lain adalah kerusi kategori umum.


MPP UMT sepanjang empat sesi pengajian lalu dikuasai kumpulan Pro-Aspirasi.

Pengumuman calon yang menang disempurnakan oleh TNC HEPA, Prof Dr Yahya di Dewan Sultan Mizan (DSM) pada pukul 7.30 malam. Ini adalah kemenangan yang besar bagi mahasiswa kerana kali pertama PRK diadakan secara besar-besaran dan yang paling telus setakat ini.

Bagi menggalakkan mahasiswa turun mengundi pihak HEPA menaikkan beberapa banner dan banyak bunting bagi meningkatkan kesedaran kepada mahasiswa bahawa kepentingan untuk memilih pemimpin mereka. Ditambah lagi dengan cabutan nombor bertuah. Mahasiswa yang membuang undi akan mendapat nombor cabutan bertuah dan cabutan diadakan semasa pengumuman calon yang menang. Hadiah berupa 10 buah basikal dan lebih kurang 50 hamper disediakan untuk siapa yang bertuah.

Ini adalah tindakan yang baik daripada pihak Hepa bagi menggalakkan mahasiswa UMT melibatkan diri dalam politik kampus UMT yang kian suram dan muram kebelakangan ini. Pro-M menerima respon yang positif daripada mahasiswa UMT tentang suasana politik yang baru dibina oleh pihak pentadbir.

Pengumuman calon yang menang juga disaksikan oleh NC, Yg Bhg. Prof Dr Aziz Deraman.





Di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) pula, Pro Mahasiswa menambah satu lagi penguasaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) hari ini dengan memperoleh majoriti mudah — tanpa saingan — dalam pemilihan MPP.

Pada hari penamaan calon hari ini barisan calon Pro-Mahasiswa memenangi 12 daripada 21 kerusi MPP yang dipertandingkan tanpa cabaran.

Ia yakin akan memperoleh empat lagi kerusi pada hari pengundian 27 Jan ini.


“Pada hari ini kumpulan Pro-Mahasiswa dapat enam kerusi umum dan enam kerusi peringkat fakulti tanpa pertandingan. Daripada baki sembilan kerusi lagi, kami jangka boleh peroleh lagi empat kerusi,” kata pengerusi kumpulan Pro-Mahasiswa KUIS Syukri Abdul Razak kepada The Malaysian Insider.

Syukri berkata ini kali pertama pihaknya meletakkan calon berdasarkan kumpulan Pro-Mahasiswa dan Pro-Aspirasi.

Bagaimanapun pengurusan universiti tidak mengiktiraf kewujudan kumpulan seperti ini dalam pilihan raya.

“Kali ini, julung kali, kami meletakkan calon dan bertanding atas nama kumpulan Pro-Mahasiswa, dan ia mendatangkan kejayaan,” kata beliau mereka berbuat demikian untuk membawa kesedaran politik di kalangan generasi muda.

Minggu lalu kumpulan Pro-Mahasiswa melibatkan 14 institusi pengajian tinggi awam melancarkan Misi-10 untuk menguasai MPP.

Kumpulan Pro-Mahasiswa juga telah menguasai MPP Universiti Malaysia Terengganu Ahad lalu.

Khamis depan sebanyak enam universiti akan mengadakan pilihan raya.

1 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
sebenarnya ana nak cerita satu perkara...
pilihanraya kampus tidak mpernah wujud sistem berparti...
ini bermakna pro-m kuis itu hanya propaganda dan pilihanraya kampus kuis tidak pernah mengamalkan sistem parti utk calon MPP...
kalo tidak percaya boleh rujuk pihak pentadbiran kuis mengenai perlembagaan pilihanraya

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !