Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 20, 2010

GMUKM berentap di Sudut pidato teres ekoniaga

Bangi 19 Jan 9.35 am| Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah memanfaatkan sudut pidato di Teres Ekoniaga dengan menampilkan pemidato-pemidato hebat untuk memberikan hujah "Kearah Melahirkan Mahasiswa Minda Kelas Pertama".

Ketika memberi maklum balas kepada wartawan GMUKM, Presiden MAMPU, Saudara Affandi Abdul Rahman berkata pihaknya mahu mahasiswa sedar kepentingan menjana pemikiran dan melahirkan mahasiswa hebat dalam pelbagai aspek.

"Selain mengadakan pidato, GMUKM juga ingin melatih mahasiswa supaya berani menyampaikan hujah dikhalayak ramai disamping memanfaatkan ruang yang telah disediakan". katanya.

Affandi menambah pihaknya sangat berbesar hati untuk menerima wakil dari pihak Aspirasi untuk berpidato bersama dalam melontarkan idea-idea bernas.

"Setakat ini, semua jemputan yang pihak kami hulur kepada Aspirasi telah ditolak oleh mereka. Kami bersangka baik, kemungkinan mereka tidak sedia untuk berentap bersama kami dan ketiadaan hujah disebabkan sibuk menguruskan hal peribadi" Tambah beliau lagi.

Sebelum ini, saudara Sarfarizmal telah tidak hadir dalam ceramah SPKG: Apa Kata Mahasiswa di dataran pusanika pada 11 Januari yang lepas dan Saudara Mohamad Nasir bin Mohamad Nazri yang merupakan Presiden PMUKM juga tidak hadir semasa Wacana Mahasiswa : Analisis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 08/09 pada 11 Februari lalu.

Sementara itu, Duta GMUKM Saudara Nazri dari Fakulti Pengajian Islam memberitahu pihaknya mahu menyeru supaya mahasiswa bijak mengatur langkah kearah melahirkan mahasiswa minda kelas pertama. Tidak perlu lagi berasa takut terhadap ancaman dan ugutan daripada pihak tertentu dalam isu-isu tertentu dan masih mampu membuat pertimbangan waras dalam menilai sesuatu perkara yang berlaku disekeliling.

Difahamkan GMUKM mengadakan pidato ini ekoran tindakan Aspirasi yang melebal GMUKM sebagai ProIsrael.

Terbaru pengedaran Risalah Al-Bayan di Kolej Pendeta Zaaba yang mengatakan GMUKM memfitnah, mencaci, ekstreme, jumud, menolak kebudayaan, memaksa nilai terhadap individu lain, memboikot aktiviti yang tidak selari dengan kehendak mereka, sukar berunding dan suka mendemonstrasi dan nilai-nilai diluar dari etika dan budaya kita.

Pihak GMUKM amat kecewa dengan tohmahan seperti ini dan berharap supaya dalam pilihanraya kampus kali ini politik nilai dapat diamalkan tanpa ada label-melebal dari mana-mana pihak.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !