Bangi 12 jan 10.45 pm| Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) hari ini menegaskan supaya Speaker Corner perlu diteruskan untuk menunjukkan keintelektualan mahasiswa yang berani mengemukakan pandangan dan pendapat dikhalayak ramai.
Penyataan berkenaan dikeluarkan melalui Pengerusi MAMPU, Saudara Affandi Abdul Rahman ketika ditemui wartawan GMUKM semasa program ceramah SPKG:Apa kata Mahasiswa di dataran pusanika bermula jam 9.30 malam tadi.
Program ceramah tersebut telah menampilkan 3 orang panelis iaitu saudara Muhammad Syafiq bin Abd Aziz (Ketua Exco Informasi dan Penerbitan PMFPI), Saudara Hafiz Razak (Pelajar tahun 2 FPI merangkap bekas calon GMUKM sessi 2008/2009) dan saudara Sarfarizmal (Timbalan Presiden PMUKM). Apa yang mengecewakan adalah saudara Sarfa tidak mahu naik ke pentas sebagai panel dalam program tersebut yang menyebabkan kerusi tersebut diisi oleh seorang siswi yang berani menyahut cabaran pengerusi majlis iaitu Saudari Muslimah, pelajar tahun 2 dari Fakulti Kejuruteraan.
Menurut Saudara Hafiz Razak, berdasarkan kajian soal selidik yang dilakukan keatas 313 respondand mahasiswa/i UKM tahun 1 dan 2, sebanyak 80% tidak setuju dengan SPKG kerana 51% daripada pengiraan markah adalah tertakluk kepada kolej dibawah penilaian felo penghuni.
"SPKG ini banyak membebankan mahasiswa/i kerana pelaksanaannya yang tidak dikaji dengan mendalam sebelum dilaksanakan. Kebanyakan aktiviti kolej adalah lebih menjurus kepada program-program yang tidak mencambah pemikiran dan daya kritis dan kreatif mahasiswa" Tambahnya lagi.
Muslimah pula berpandangan bahawa beliau sangat menyokong Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) ini kerana ia dapat meningkatkan soft skill mahasiswa/i UKM dan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja. Tetapi penilaian semula perlu dibuat kerana terdapat beberapa pelaksanaan yang tidak telus dalam pemberian markah kepada pelajar.
"Sepatutnya SPKG tidak boleh mengganggu waktu minggu belajar semasa musim peperiksaan. Apa yang mengecewakan adalah pihak kolej mewajibkan kehadiran kami untuk turun menyertai program sedangkan pada ketika itu kami perlu memberi penumpuan yang maksimum terhadap pelajaran kami" Ujarnya ketika memberi ucapan berkaitan isu SPKG ini.
Bagi Saudara Syafiq, satu indikator perlu dibuat untuk menilai tahap keaktifan mahasiswa dan dalam masa yang sama SPKG perlu dinaiktaraf supaya penghasilan mahasiswa yang hebat dapat dijana. Beliau mengambil contoh pada tahun 1965 apabila RTM terpaksa menarik balik cerita berkaitan kejatuhan moral mahasiswa UKM disebabkan protes dan suara mahasiswa yang menggugat cerita tersebut disiarkan.
Ceramah malam tadi telah dihadiri seramai lebih kurang 300 orang mahasiswa/i dari pelbagai latar belakang untuk menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadapp SPKG.
0 comments:
Post a Comment