Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 20, 2010

Penyerahan proposal untuk pemantauan pilihanraya telus, bersih dan adil

Bangi 20 Jan 5.42 pm| Wakil Umum MPP UKM iaitu Sdr.Mohd Fikah Bin Sanusi bersama MPP Fakulti Pendidikan Sdr.Affandi Abd Rahman telah menyerahkan satu proposal atau kertas kerja cadangan kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), MAFREL dan juga MAJLIS PEGUAM atas cadangan supaya badan badan ini menjadi pemantau dalam perjalanan proses Pilihan Raya Kampus yang akan dijalankan pada minggu hadapan.

Pihak MPP Mahasiswa yang menyerahkan proposal tersebut menerima maklum balas yang sangat positif daripada semua pihak bermula dengan penyerahan kepada Pengerusi SPR iaitu Tan Sri Abd.Aziz Bin Mohd Yusof di pejabatnya di Putrajaya melalui pegawai peribadinya. Turut bersama dalam rombongan itu adalah Sdr.Mohd Syafiq Bin Ab. Aziz merangkap DUTA GMUKM. Bercakap melalui pembantunya.,idea ini sangat baik dan cadangan itu akan dipanjangkan kepada Pengerusi SPR dengan kadar segera selaras dengan tugas SPR.


Semasa penyerahan proposal ini kepada pihak MAFREL melalui Setiausahanya iaitu Tuan Arphan Bin Ahmad, beliau memuji inisiatif yang dilakukan oleh pihak MPP Mahasiswa dan berjanji akan berusaha untuk memberikan kerjasama yang terbaik sekiranya diberikan lampu hijau oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Tambah beliau lagi, pihak MAFREL telah dijemput untuk menjadi panel bebas dan pemantau bagi perjalanan Pilihanraya Kampus Universiti Malaya pada sesi kali ini yang dijangkakan berlaku serentak dengan UKM. Pihaknya juga bersedia untuk menghantar pegawai pegawai mereka ke UKM sebagai Panel Bebas yang memantau PRK pada kali ini. Pihaknya juga akan memanjangkan perkara ini kepada pihak pentadbiran UKM dengan kadar segera dan akan memaklumkan respon yang mereka terima kelak kepada wakil MPP Mahasiswa.


Akhir sekali rombongan MPP Mahasiswa UKM telah pergi ke pejabat Majlis Peguam atau Bar Council di Lebuh Pasar Kuala Lumpur bagi menyerahkan proposal ini. Ianya telah selamat diserahkan kepada Presiden Majlis Peguam iaitu Mr.Ragunath Kesavan melalui pembantunya iaitu Miss Anne. Respon yang diterima daripada pihak Majlis Peguam juga amat positif. Perkara ini juga akan dipanjangkan dan dipihak Majlis Peguam juga bersedia untuk menjadi pemerhati atau ‘watch dog’ dalam pemilihan MPP UKM pada sesi kali ini.

“wakil Bar Council ,Mr.Chiam telah menghubungi saya petang tadi dan menyatakan kesudian mereka untuk menjadi panel bebas dalam PRK pada kali ini. Presiden Bar Council telah bersetuju dan menyerahkan perkara ini kepada panel lawyer yang diberikan tugasan ini pada mesyuarat petang ini. Tetapi menurut beliau ianya bergantung kepada persetujuan kedua dua pihak” menurut Mohd Fikah yang dihubungi.

Pada hari ini Rabu,20 Januari 2010, Pihak MPP Mahasiswa telah menyerahkan cadangan ini kepada pihak TNC HEPA UKM iaitu Prof.Dato Dr.Mohamad Abdul Razak yang juga bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan MPP pada sesi kali ini untuk respon lanjut. Menurut beliau ini merupakan cadangan yang amat baik daripada mahasiswa dan akan dibawa ke mesyuarat Majlis Pengurusan Universiti untuk tindakan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !