Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 13, 2010

Tolak Kepimpinan Aspirasi Lemah


Bangi 12 jan 11.15 pm| Ketidakhadiran Saudara Sarfarizmal dalam ceramah SPKG: Apa Kata Mahasiswa di dataran pusanika semalam jelas menunjukkan kelemahan kepimpinan Aspirasi dan ketakutan mereka untuk berhadapan dengan mahasiswa.

"Ketidakhadiran Saudara Sarfa dalam ceramah semalam amat mengecewakan. Kami mengharapkan supaya program seperti ini dapat membuka mata mahasiswa dengan menghidangkan kebaikan dan keburukan SPKG apabila menampilkan ahli panel dari dua kumpulan yang berbeza pandangan dalam memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa" Kata saudara Ikram yang merupakan pengerusi ceramah semalam.

Tambahnya lagi, program seperti ini bukanlah untuk mencari salah siapa tetapi lebih kepada mencari penyelesaian dan kaedah terbaik untuk memperkasakan SPKG.

"Kami amat tidak berpuas hati dengan Aspirasi. Mereka menuduh kami pemfitnah dan pembohong. Perkara paling teruk adalah apabila menyamakan kami dengan ProIsrael. Apabila dibuka sudut pidato untuk semua pihak mengemukakan hujah, mereka melarikan diri. Menjadi penakut dan bersikap 'Play Save'. Ujar Saudara Amar, Pengerusi Gabungan Mahasiswa Lantang Negara(GMLN) yang merupakan salah satu front dalam GMUKM.

Ketidakhadiran wakil Aspirasi menunjukkan mereka seolah-oleh memprotes pihak KPT yang menggalakkan dilakukan Speaker Corner.

Sepatutnya pihak yang menubuhkan Kelab Sahabat 1 Malaysia ini perlu lebih sensitif terhadap perkara-perkara yang disaran oleh pimpinan kerajaan Malaysia sebagai tanda sokongan mereka terhadap kementerian.

Ceramah ini bukan merupakan program pertama pihak pimpinan Aspirasi tidak menghadirkan diri disaat akhir. Malah ketidakhadiran Saudara Mohamad Nasir bin Mohamad Nazri yang merupakan Presiden PMUKM semasa Wacana Mahasiswa : Analisis Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 08/09 pada 11 Februari lalu juga jelas menunjukkan bahawa mereka semua merupakan calon sistem yang telah diperguna oleh pihak tertentu untuk kepentingan sesetengah pihak.

Segala yang dikatakan oleh pihak Aspirasi bahawa mereka mendokong Aspirasi universiti adalah retorik semata-mata apabila takut untuk berpencak di gelanggang pidato. Bila diimbas kembali perkara yang mereka lakukan selama 5 tahun memerintah PMUKM tidak pernah kedengaran mereka membicarakan isu kebajikan mahasiswa malah kita dikhabarkan mereka banyak menghabiskan duit pelajar untuk melancong ke luar negara.

Mahasiswa harus sedar dan berani untuk berubah. Memilih pemimpin yang boleh membela hak mahasiswa dan bukannya kepimpinan yang lemah yang hanya dicatur oleh sistem sehingga takut untuk mengeluarkan hujah dan pandangan sendiri. Ayuh Mahasiswa kita Bersatu Berubah!

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !