Bangi 25 Jan 11.30 am| Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) telah memenangi kerusi tahun 1 dan tahun 2 bagi Fakulti Pengajian Islam selepas proses penamaan calon yang berlangsung kira-kira jam 10 pagi tadi.
Pihak Aspirasi seolah-olah telah tersungkur awal apabila gagal menampilkan calon mereka bagi kerusi tersebut.
"Kami mengira ketiadaan calon Aspirasi bagi kerusi tahun 1 dan tahun 2 di FPI ini adalah satu langkah awal bagi kemenangan dalam pilihanraya kampus kali ini". Ujar Sdr. Affandi Abdul Rahman, Pengerusi MAMPU selepas mengetuai acara sorakan dan laungan semangat selepas penamaan calon di Pusanika.
Beliau juga menjelaskan bahawa pihak aspirasi sebenarnya ketandusan calon dan kebanyakan calon yang bertanding adalah tajaan dari pihak tertentu untuk kepentingan peribadi tanpa memikirkan aspek kebajikan mahasiswa.
Kemenangan Saudara Mohd Zaim Juwaidi bin Jamaluddin, pelajar tahun 2 FPI ini telah membangkitkan semangat calon-calon dan penggerak GMUKM untuk memenangi PMUKM pada kali ini.
Mengikut analisis yang dilakukan oleh Unit Penyelidikan Pilihanraya GMUKM, kesemua calon GMUKM mempunyai kehebatan tersendiri dalam memenangi hati mahasiswa dalam pilihanraya kampus kali ini jika dibandingkan dengan calon-calon tajaan Aspirasi.
Proses penamaan calon bermula di Pusanika untuk calon umum dengan kehadiran kira-kira 200 penyokong GMUKM sebelum mereka bergerak ke fakulti masing-masing untuk proses penamaan bagi calon fakulti.
2018华人农历新年,国大华裔生将享有额外2天特假!
6 years ago
0 comments:
Post a Comment