Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, January 4, 2010

GM FC MENGGANAS DI MEFEK

Dalam keghairahan mahasiswa dan mahasiswi untuk menghadapi pilihan raya,pihak GMUKM tampil dengan pendekatan berbeza apabila menyertai kejohanan futsal anjuran JAKSA kolej Rahim Kajai.Aspek sukan jelas tidak dipandang remeh oleh pihak GMUKM dan buktinya adalah dengan penyertaan pasukan GM FC dalam kejohanan futsal yang telah diadakan pada 2 Januari,iaitu pada hari sabtu lepas.Sebagaimana yang umum ketahui,sukan merupakan satu aspek yang penting dalam menjana kemajuan negara.Melihat kembali sejarah bagaimana sukan telah Berjaya menyatupadukan masyarakat tidak kira bangsa dan agama.Sebagai contoh,kita masih segar dengan kejayaan pasukan bola sepak bawah 23 tahun kebangsaan yang berjaya merangkul pingat emas pada temasya sukan SEA di Laos Disember lepas.Kejayaan ini sudah pasti tidak berjaya di raih jika semua rakyat tidak memberi kerjasama yang baik dalam membantu pasukan bola sepak negara.Hal ini,jelas membuktikan keberkesanan sukan dalam menyatupadukan masyarakat.

Kejohanan Futsal tersebut telah diadakan di gelanggang futsal UKM yang terletak di hadapan kolel Tun Hussein Onn.Kejohanan tersebut telah berjaya menarik begitu ramai penyertaan dan ini membuktikan bahawa UKM tidak ketandusan wira-wira sukan yang diyakini bakal mengharumkan nama varsiti kita jika diberi lebih banyak ruang dan pendedahan.Pihak GMUKM telah menghantar barisan 7 orang pemain yang dipilih berdasarkan kemahiran dan skill mereka yang begitu menakjubkan.Pasukan GM FC telah diketuai oleh kapten mereka iaitu saudara Wan Aizudin,pelajar FPI tahun 2.Dalam kejohanan yang diadakan selama satu hari itu,pasukan GM FC telah berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir malangnya nasib tidak menyebelahi mereka apabila kecundang di peringkat lapan pasukan yang terbaik.

Menurut kapten pasukan GM FC,”Saya berasa begitu berbangga dapat bermain untuk pasukan GMUKM yang merupakan government in waiting kepada PMUKM akan datang.GMUKM telah membuktikan bahawa mereka bukan sahaja jaguh dalam memperjuangkan hak mahasiswa dan mahasiswi UKM bahkan mereka juga adalah merupakan juara dalam bidang sukan.Kepimpinan beginilah yang kita inginkan untuk menerajui UKM ke arah yang lebih baik”jelasnya dengan nada penuh keyakinan.

Sebagai akhirnya,pihak GMUKM ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada GM FC dan harapan kami adalah semoga budaya kesukanan akan terus subur dalam diri warga UKM di samping budaya keilmuan yang perlu terus disemai dan dipupuk dengan baik.Akhir kata ”MAJULAH SUKAN UNTUK UKM DAN GMUKM”

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !