Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Monday, January 25, 2010

Penamaan calon meriah

Bangi 25 Jan 11.00 am| Suasana penamaan calon sempena Pilihanraya Kampus bagi Universiti Kebangsaan Malaysia disambut meriah oleh calon-calon dan semua penyokong GMUKM dan Aspirasi pada hari ini.

Pada tepat jam 8 pagi, kelihatan semua penyokong kedua-dua belah pihak telah bersiap sedia di sekitar Kolej Dato' Onn dan Kolej Tun Husin Onn untuk membuat perarakan menuju ke Pusanika bagi menyatakan sokongan terhadap calon-calon pilihan mereka.

Kalau sebelum ini pihak Aspirasi yang hanya mengambil sikap tidak peduli terhadap pilihanraya kampus, pada kali ini mereka menunjukkan sikap berbeza.

"Kami memandang ini sebagai satu perkara menarik kerana sebelum ini Aspirasi hanya berdiam diri dan kami berharap supaya pihak Aspirasi dapat berkempen dengan cara yang lebih baik, tiada lagi budaya ugutan terhadap pelajar tahun 1 dan tahun 2". Kata Saudara Affandi, Presiden MAMPU.

Beliau menambah supaya Aspirasi tidak lagi bergantung kepada pihak pentadbiran semata-mata untuk mendapat undi murahan dari mahasiswa dan mahasiswi UKM sebaliknya menggesa supaya mereka melakukan kerja untuk memenangi hati mahasiswa.

Pihak GMUKM juga merakamkan ucapan tahniah kepada pihak keselamatan kerana membantu mengawal suasana sehingga semuanya berada dalam keadaan terkawal dan terjaga.

Dalam pilihanraya kali ini sebanyak 35 kerusi telah dipertandingkan iaitu sebanyak 11 kerusi umum dan 24 kerusi fakulti.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !