Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Mohd Faiz Ismail mengatakan bahawa pihak Aspirasi boleh melakukan apa sahaja strategi tetapi mahasiswa UKM akan memutuskannya.
"Kami pihak GMUKM akan berkerja keras untuk memenangi hati mahasiswa dan marilah kita lihat siapa yang akan diterima". Katanya yang juga pelajar tahun 3 Fakulti Pendidikan.
Mengenai pengedaran risalah Al-Bayan di Kolej Pendeta Zaaba malam tadi, Faiz berkata : " Sekarang kita telah nampak ketakutan pihak Aspirasi untuk bertanding dalam Pilihanraya kali ini. Pengedaran risalah haram Al-Bayan dan ugutan buang kolej menunjukkan mereka tengah gelisah sehingga sanggup membuat perkara tersebut yang jelas menunjukkan bersalahan dengan Aspirasi universiti".
Faiz berkata demikian selepas dihubungi wartawan GMUKM yang mendapat maklumat berkaitan artikel politik dan kempen murahan dalam risalah Al-Bayan.
Risalah tersebut menunjukkan respon daripada pihak Aspirasi tentang isu penglebalan GMUKM sebagai ProIsrael. Artikel itu mededahkan sikap sebenar Aspirasi yang seolah-olah membalingkan batu sembunyi tangan mengenai isu tersebut.
0 comments:
Post a Comment