Bangi, 8 Jan- Kali ini Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) bersama-sama untuk memeriahkan program "Gotong-royong Memasak Bubur Sugho"@Asyura yang dianjurkan oleh persatuan anak negeri Kelantan iaitu Persatuan Mahasiswa Darul Naim (PERDANA) semalam.
Bubur Asyura yang dimasak seawal 8.00 pagi berjaya disiapkan pada 3.30 petang hasil paduan tenaga setiap yang mengambil bahagian. Gotong-royong memasak bubur ini dilihat dapat mengeratkan ukhuwwah dan memupuk kerjasama antara semua yang hadir tanpa mengira asal negeri.
4 kawah menjadikan sebanyak 25 talam bubur Asyura dan sebuah kawah lagi, bubur lambuk yang berjaya dimasak dengan haruman yang menyelerakan.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan GMUKM yang sudi hadir untuk sama-sama bergotong-royong di sini. Ia sedikit sebanyak dapat meringankan kerja yang dipikul,"luah seorang Exco persatuan berkenaan.
Agihan kepada mahasiswa mahasiswi yang hadir pada petang itu bermula selepas Asar. Bubur Asyura juga diagihkan kepada warga UKM yang berada dalam kesesakan, memandu di hadapan masjid. Keriangan jelas kelihatan pada wajah-wajah yang menerima bungkusan berisi bubur Asyura itu.
0 comments:
Post a Comment