Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Friday, January 15, 2010

Penjelasan Isu yuran pelajar



Bangi 14 Jan 9.35 am| Pihak GMUKM telah mendapatkan perincian maklumat berkaitan yuran pengajian berikutan ketidakfahaman mahasiswa tentang cara pengiraan hutang dalam sistem kewangan pelajar. Saudara Faiz Ismail dan Phoon Kar Liang sempat bertemu dengan seorang Penolong Akauntan di Jabatan Bendahari bagi memohon penjelasan berkaitan isu ini.

Hasil dari perbincangan tersebut, pihak bendahari telah memutuskan untuk meyelaraskan supaya yuran pengajian pelajar tahun satu dan tahun dua sesi 2009/2010 diselaraskan kepada sistem pakej, manakala bagi pelajar tahun tiga dan empat masih menggunakan sistem unit.


Pihak bendahari juga telah memutuskan supaya harga yuran akan dikenakan berbeza mengikut kursus yang diambil. Setiap kursus yang berbeza akan dikenakan bayaran yuran yang berbeza. Sebagai contoh, Oleokimia, setiap semester dikatakan akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM600. Jumlah ini tetap sama sehingga mahasiswa bergraduasi.


Selain itu, seandainya pelajar mengambil jam kredit yang banyak dalam satu semester dan menghabiskan pengajian lebih awal daripada tempoh yang sebenar, seperti tempoh pengajian tiga tahun menjadi dua tahun, bayaran hanya dikenakan selama empat semesta sahaja.


Menurut saudara Faiz, sistem ni memudahkan pihak bendahari untuk membuat pengiraan yuran pelajar oleh kerana yuran yang tetap dan tidak berubah. Jumlah caj bagi yuran pengajian dikenakan mengikut purata jumlah jam kredit yang diambil sepanjang pengajian dan bergantung kepada jenis kursus.


“Sistem ini bagus kerana memudahkan pihak pentadbiran dan pelajar tetapi makluman ini perlu disampaikan secara meluas dengan mengadakan sesi penjelasan dan penerangan baik di kolej mahupun di fakulti.” Ujarnya.


Beliau juga memberitahu bahawa terdapat diskaun akan diberikan kepada pelajar yang lewat menamatkan pengajian. Oleh itu, sistem yang dilaksanakan ini sedikit sebanyak memberi kemudahan kepada pelajar.

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !