Bangi- Bermula jam 10 pagi sehingga jam 5 petang, GMUKM turut mengadakan pelancaran barangan GMUKM bertempat di bangunan pusanika.
Antara barangan yang dijual adalah t-shirt rasmi GMUKM, keychain GMUKM, button badge GMUKM. Selain itu, petugas-petugas GMUKM turut mengedarkan kalendar percuma GMUKM kepada pengunjung-pengunjung yang berada di kawasan pusanika.
“ Saya sangat sukakan warna ungu dan design keychain GMUKM ini sangat menarik, sebab itulah saya memilih untuk membelinya.” Respon salah seorang pembeli yang sempat ditemubual oleh wartawan GMUKM.
Produk GMUKM telah mendapat perhatian orang ramai sehingga habis dan terpaksa ditempah baru di atas permintaan orang ramai.
GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM) merupakan sebuah badan induk utama pro-mahasiswa di UKM kampus Bangi, Cheras dan Kuala Lumpur. Bergerak secara komited memperjuangkan suara mahasiswa sejak awal penubuhannya pada 22 Ogos 2005 dengan menjadikan tiga elemen di bawah sebagai teras perjuangan GMUKM. (i) Kebajikan mahasiswa (ii) Keilmuan & Keintelektualan (iii) Penghayatan Falsafah UKM (iv) Pengantarabangsaan
0 comments:
Post a Comment