SURUHANJAYA PILIHAN RAYA (SPR) , MALAYSIAN for FAIR AND FREE ELECTION (MAFREL) DAN MAJLIS PEGUAM (BAR COUNCIL)
ATAU MANA MANA DARIPADANYA SEBAGAI PEMANTAU
BAGI PROSES PEMILIHAN MAJLIS PERWALIKAN PELAJAR
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA SESI 2009/2010
1.0 PENDAHULUAN
Menyedari bahawa Universiti merupakan medan latihan terbaik bagi seluruh mahasiswa/i memperolehi pengalaman dan pendedahan yang menyeluruh, maka amat bersesuaian sekali diadakan Pilihan Raya Kampus. Menelusuri kembali tujuan diadakan pilihanraya kampus ialah bagi memilih pemimpin pelajar yang benar-benar berkualiti bagi menerajui kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP berfungsi sebagai mata dan telinga pelajar dalam menjaga kebajikan mereka sepanjang pengajian di kampus. Ini bermakna pemimpin yang dipilih mempunyai tanggungjawab yang berat dan mereka benar-benar ‘viable’ dan berkarisma dalam memberikan perkhidmatan terbaik terhadap masyarakat kampus. Berkarisma ialah kata kunci yang paling tepat kepada kriteria yang diperlukan bagi seorang pemimpin pelajar. Tambahan pula, Falsafah pendidikan negara dan mana-mana pusat pengajian tinggi di dunia ini mengharapkan untuk menghasilkan pelajar yang versatile dan serba boleh
Justeru, kami yakin bahawa proses pemilihan MPP ini perlu dijalankan atas kesedaran profesionalisme dari semua peringkat sama ada masyarakat, pihak pentadbiran atau mahasiswa itu sendiri. Proses pilihanraya kampus merupakan wadah demokrasi terbaik untuk masyarakat kampus memilih pemimpin mereka. Oleh itu, kebebasan diperlukan untuk mereka membuat pilihan. Pembinaan kepimpinan yang unggul dan berkarisma lebih penting daripada agenda remeh yang lain.
Jika kita lihat kejayaan pihak pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 (SKTTDI 1) apabila buat pertama kalinya pilihan raya pemilihan ketua murid sesi 2010 diadakan dengan dikendalikan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Ini memberikan kita signal bahawa khidmat SPR bukan sahaja diperlukan dalam Pilihan Raya Umum negara, bahkan lebih luas daripada itu. Begitu juga dengan fungsi yang dimainkan oleh MAFREL dan juga MAJLIS PEGUAM iaitu sebagai medium semak dan imbang atau ”Check and Ballance” dalam proses pilihanraya. Oleh yang demikian, cadangan ini dilontarkan kepada pihak SPR , MAFREL dan MAJLIS PEGUAM agar menjadi pemerhati bebas atau pemantau terhadap perjalanan pemilhan MPP di Universiti Kebangsaan Malaysia ini selaras dengan beberapa objektif berikut.
2.0 OBJEKTIF CADANGAN
2.1 Meningkatkan kredibiliti Universiti ini di peringkat nasional dan antarabangsa selaras dengan matlamat Yg.Bhg. Prof. Tan Sri Naib Canselor yang ingin menjadikan UKM sebagai Universiti APEX di Malaysia.
2.2 Menggembleng tenaga antara Jawatankuasa Pemilihan MPP di peringkat Universiti dengan pihak SPR, MAFREL dan MAJLIS PEGUAM atau salah satu daripadanya agar perjalanan proses pilihan raya kampus ini berjalan dengan telus dan atas dasar profesionalisme yang tinggi.
2.3 Melihatkan kepada objektif pilihanraya kampus itu sendiri iaitu sebagai medan dan peluang utama kepada mahasiswa untuk membentuk kerajaan sendiri, namun hakikatnya ianya masih tidak memberi kebebasan sepenuhnya kepada mahasiswa. Hal ini bagi tujuan mengurangkan daripada berlakunya ketidakadilan, kecuaian dan kesilapan di pihak Jawatankuasa Pemilihan Universiti.
2.4 Mewujudkan budaya berpolitik secara bertanggungjawab di kalangan mahasiswa agar mahasiswa boleh meneraju perubahan dalam pola kepimpinan negara dimasa hadapan.
2.5 Menjadikan SPR, MAFREL dan MAJLIS PEGUAM atau salah satu daripadanya sebagai agen semak dan imbang atau ”check and ballance” bagi keseimbangan perjalanan pemilihan Majils Perwakilan Pelajar.
2.6 Meningkatkan kematangan dalam penglibatan proses demokrasi untuk mewujudkan masyarakat madani (”Civil society”)
2.7 Memberikan peluang kepada seluruh Mahasiswa UKM untuk memahami fungsi dan peranan SPR, MAFREL dan MAJLIS PEGUAM atau salah satu daripadanya dalam menguruskan pilihan raya secara lebih terbuka.
3.0 PENUTUP
Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai generasi pelapis kepimpinan negara yang bakal menerajui kemajuan dan ketamadunan Malaysia pada masa akan datang. Hak dan kebebasan mahasiswa seharusnya tidak wajar disekat dan dinafikan. Justeru, tidak seharusnya dibiarkan berterusan kelemahan demi kelemahan dalam proses pemilihan MPP ini tanpa ada penambahbaikan. Hal ini juga bagi memberikan gambaran yang melambangkan pentadbiran yang mempunyai profesionalisme yang tinggi dan lebih efisien. Usaha yang gigih tanpa disulami kepentingan politik perlu digarap oleh setiap segmen masyarakat demi melahirkan mahasiswa yang berjiwa pemimpin yang bakal mencorakkan kegemilangan negara.
Jadi diharapkan agar kertas kerja ini diterima baik dipihak SPR, MAFREL dan MAJLIS PEGUAM atau salah satu daripadanya seterusnya dipertimbangkan dan dilaksanakan didalam proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM bagi sesi kali ini.
Berikut adalah butir butir bagi proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM yang akan dijalankan,
Hari Penamaan Calon : 25 Januari 2010 ( Isnin )
Tempoh berkempen : 25/1/2010 – 27/1/2010 (3 Hari )
Hari Pengundian : 28 Januari 2010 ( Khamis )
Disediakan oleh.
MOHD FIKAH BIN SANUSI
Fakulti Undang Undang / Tahun 4 Wakil Umum, Majlis Perwakilan Pelajar 2008/2009, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dengan sokongan, Ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2008/2009 Universiti Kebangsan Malaysia.
1) HISYAMUDDIN BIN CHE ALI Fakulti Undang Undang/ Tahun 4 Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM
2) MOHD FAEZ BIN MAT ZIN Fakulti Pendidikan / Tahun 4 Wakil Umum Majlis Perwakilan Pelajar UKM
3) PHOON KAR LIANG Wakil Fakulti Undang Undang / Tahun 3 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
4) MUHAMMAD HAFIZUL AMIN BIN KHALID Wakil Fakulti Farmasi / Tahun 3 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
5) SARZLIANA BINTI SOAIDIN @ DJUHARI Wakil Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina / Tahun 2 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
6) MUHAMAD FAIZ BIN ISMAIL Wakil Fakulti Pendidikan/ Tahun 2 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
7) AFFANDI BIN ABDUL RAHMAN Wakil Fakulti Pendidikan/ Tahun 3 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
8) MOHD IDRIS BIN MOHD YUSSOFF Wakil Fakulti Pengajian Islam / Tahun 2 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
9 MAHFUZAN GADDAFI BIN MAHMUD Wakil FakultiPengajian Islam / Tahun 3 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
10) FPERUBATAN WAN NURUDDIN SHAH BIN WAN JOHAN Wakil Fakulti Perubatan / Tahun 4 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
11) FST MOHD ARIF BIN MISROL Wakil Fakulti Sains Dan Teknologi / Tahun 3 Majlis Perwakilan Pelajar UKM
0 comments:
Post a Comment