Bangi- Sempena Karnival Keusahawanan anjuran Kolej Tun Hussein Onn, GMUKM turut mengambil peluang untuk membuka gerai. Bermula jam 11 pagi semalam, GMUKM telah membuka satu gerai pada tapak Karnival Keusahawanan di bangunan pusanika UKM. Hampir 100 mahasiswa yang berpakaian ungu turun untuk bertugas, beramah mesra dengan mahasiswa.
Karnival Keusahawanan ini telah bermula dari 4 Januari 2010 hingga 8 Januari 2010.
Selain itu, berpuluh-puluh mahasiswa dan mahasiswi lain yang turut mengenakan pakaian serba ungu bersempena hari ungu yang diadakan oleh GMUKM turun memeriahkan Karnival Keusahawanan di sana.
“ Saya merasakan seolah-olah saya berada di dalam lautan warna ungu pada hari ini. Pelajar-pelajar seolah-olah telah mewujudkan satu perpaduan citarasa pada hari ini.” ujar salah seorang pengunjung yang merupakan mahasiswa fakulti Sains dan Sosial Kemanusiaan.
Beliau juga dapat mengenali dan memahami apa itu GMUKM selepas mendapat penerangan daripada petugas GMUKM disamping risalah yang diberi. Sebelum ini, beliau hanya mendengar cerita daripada senior kolej segalanya yang buruk-buruk mengenai GMUKM. Pada hari ini persepsinya telah berubah setelah mendapat penerangan dan beliau berhak untuk menilai pihak yang sewajarnya untuk disokong.
Bersama Memimpin Perubahan
0 comments:
Post a Comment