Walaubagaimanapun, kehadiran mereka tidak disenangi dan telah diberi amaran oleh pihak keselamatan.
"Kami tidak melakukan apa-apa perkara yang bertentangan dengan undang-undang universiti. Kami hanya ingin memberi sokongan kepada calon kami yang akan bertanding dalam pilihanraya". Kata Siti Rahizah pelajar FST tahun 3 yang turut sama dalam acara tersebut.
Wartawan GMUKM sempat mendapat respon daripada saudara Affandi MPP tahun 3 Fakulti Pendidikan mengenai tindakan pihak keselamatan mengambil gambar dan merakam video dengan telefon bimbit aktiviti GMUKM.
"Ini taktik lama yang diguna pakai dalam menakutkan mahasiswa. Kami tidak akan gentar,kami akan terus berjuang untuk memastikan kemenangan pada tahun ini. Matlamat kami cuma satu iaitu mejaga kebajikan mahasiswa/i UKM".
Tambahnya lagi, selama hampir 4 tahun PMUKM diperintah oleh calon sistem Aspirasi, tidak pernah sebarang perubahan berlaku. Malah, kepimpinan mereka yang lemah telah menyebabkan ranking UKM telah jatuh merudum.
Beliau juga berharap agar mahasiswa/i mampu menilai dengan baik dan berani melakukan perubahan tanpa perlu takut terhadap ancaman sistem yang ada di UKM. Bersatu Berubah.
0 comments:
Post a Comment