Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Tuesday, January 12, 2010

Kenyataan Pimpinan GMUKM berkaitan ISU PRO ISRAEL


Pilihanraya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi dihangatkan dengan isu dikedua-dua belah pihak antara GMUKM dan Aspirasi, terbaru kain rentang melabelkan GMUKM=Pro-M=ProIsrael, pemfitnah=penipu=pengganas, perkara ini disedari oleh orang ramai pada pagi 11/1/2010 dan digantung dihadapan pintu masuk kolej kediaman Ungku Omar dan perkara ini telah mendapat respon pelbagai pihak. Tindakan pihak yang melakukan perkara ini adalah tidak bijak.

Kenyataan peringkat Pimpinan GMUKM

Pihak GMUKM yang terdiri daripada front MAMPU, KAMI dan GMLN mengecam sekeras-kerasnya pihak yang menggantung kain rentang itu. Ini adalah tindakan kurang bijak pihak yang melakukan perbuatan ini, kami sedia berdepan dengan mana-mana pihak jika terdapat ketidakpuasan hati dan seumpamanya.

Kami juga sedia berbincang secara ilmiah berkaitan isu ini, dan kami juga sedia berdebat dengan mana-mana pihak yang mendakwa kami sedemikian rupa. Sebagai mahasiswa kami sedia untuk berhadapan dengan pihak yang melakukan perkara ini, dan kami juga berharap kepada pihak tersebut sedia untuk tampil kehadapan untuk sama-sama berbincang atas dasar kemahasiswaan.

Kami juga tidak teragak-agak untuk membawa perkara ke muka pengadilan jika perkara ini tidak dapat diselesaikan secara baik, kerana label yang diberikan itu sudah keterlaluan.

Kami juga sedia berdialog dengan pihak Aspirasi jika mereka menganggap GMUKM terus menuding jari kepada mereka. Kami sangat mengalu-mengalukan perbincangan dua hala diperingkat GMUKM dan Aspirasi.

Kami yakin tindakan ini adalah disebabkan ketidakselesaan sesetengah pihak terhadap GMUKM yang mengadakan kempen secara agresif bagi menambat hati mahasiswa pada minggu lepas. Antaranya GMUKM membuka gerai(booth) pada karnival yang dianjurkan Kolej Tun Husien Onn untuk bertemu dengan mahasiswa UKM, dan mengadakan “speaker conner “pada sebelah petang bagi memberi penjelasan kepada masyarakat kampus tentang kehadiran pilihanraya kampus yang datang.

Peringkat GMUKM amat mengharapkan isu dapat diselesai secara baik dan dapat memurni keadaan. Cerminan pimpinan masa hadapan adalah melihat mahasiswa pada masa sekarang.


0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !