Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 3, 2010

GM-UKM BERSAMA MASYARAKAT

Tanggal 31 Disember yang lalu,GM-UKM telah mengadakan satu ekspedisi ke dataran merdeka bagi bertemu dengan masyarakat luar kampus terutamanya para remaja yang menyambut tahun baru di sana.Tujuan aktiviti tersebut diadakan adalah untuk menyedarkan masyarakat luar khususnya golongan remaja yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti tidak bermoral pada malam tahun baru.

Berdasarkan statistik jenayah yang dikeluarkan ,generasi muda telah menjuarai hampir kesemua jenis jenayah di Malaysia.Oleh sebab itu,atas dasar kasih sayang dan kesedaran pihak GMUKM dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan telah menjalankan ekspedisi ini untuk bertemu sendiri dengan golongan remaja yang terjebak dengan masalah sosial yang semakin meruncing di negara yang kita cintai ini.

Seramai 40 orang pelajar UKM yang datang daripada pelbagai fakulti telah menyertai aktiviti anjuran GM-UKM tersebut.Rombongan daripada UKM telah diketuai oleh saudara Muhammad Ikram Bin Darus pelajar FPI tahun 1.Tepat jam 6 petang,semua peserta telah berkumpul di perkarangan masjid UKM dan kemudian terus bertolak ke masjid jamek.Aktiviti dimulakan dengan bacaan yassin dan solat hajat sempena sambutan tahun baru yang bakal menjelang tiba.Selepas solat isyak,para peserta diberikan taklimat bagi memastikan program tersebut dapat berjalan dengan lancar.Ekspedisi ini juga turut disertai oleh mahasiswa dan mahasiswi kampus lain antaranya UIA,UM dan UPM. Dalam ekspedisi tersebut,para peserta telah mengagihkan kalendar dan air minuman kepada golongan remaja bermasalah yang menjadi sasaran utama ekspedisi ini .

Menurut salah seorang peserta yang mengikuti ekspedisi ini,pada pendapat beliau ekspedisi ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi.Katanya,”Mahasiswa dan mahasiswi yang berada di kampus adalah merupakan permata-permata negara yang bakal menerajui kepimpinan negara suatu hari kelak.Oleh itu,sebagai orang yang bakal memimpin negara mereka sepatutnya turun untuk berbakti kepada masyarakat”.

Wartawan GMUKM sempat bertanya kepada para pengunjung yang hadir tentang ekspedisi ini dan ujarnya,”Saya begitu berbangga melihat masih ada anak muda terutamanya daripada golongan mahasiswa yang begitu prihatin tentang masalah yang dihadapi oleh generasi muda sekarang.Usaha seperti ini harus terus diberi sokongan jika kita mahu melihat sebuah negara yang kita idam-idamkan satu masa nanti."

Pihak GMUKM mengucapkan jutaan terima kasih kepada mahasiswa dan mahasiswi yang telah menjayakan program ini dan kami berjanji akan terus menabur bakti kepada masyarakat selagi ada daya upaya. Program-program untuk bertemu dengan masyarakat akan cuba diperbanyakkan pada masa akan datang kerana ia merupakan salah satu cara untuk menyumbang sesuatu kearah pembentukan modal insan negara.


Mohd Idris Mohd Yusoff, MPP Mahasiswa FPI ditemuramah oleh media selaku Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (GAMIS).



Mohd Idris Mohd Yusoff memberikan amanatnya

sampah bersepah-sepah usai sambutan

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !