Mereka telah dirantai dengan perlu membuat projek ko-kurikulum di kolej masing-masing. Kelas atau set untuk ko-kurikulum juga telah diatur oleh mereka yang ingin mencabul hak demokrasi mahasiswa/i di setiap kolej. Bayangkan? Dengan sistem pembelajaran ko-kurikulum yang ditambah ini, mahasiswa/i UKM hanya terjerat dengan aktiviti kolej. Maka, mereka tidak dapat mengaktfikan diri masing-masing untuk bersama dengan persatuan-persatuan pelajar yang lain seperti persatuan anak negeri, kelab-kelab lain yang berada di Pusanika dan juga persatuan fakulti.
Yang paling menyedihkan, pensyarah-pensyarah UKM juga turut diheret sama dalam kancah pengurungan ini. Setiap kolej telah ditetapkan dua atau tiga orang pensyarah untuk kelas tersebut. Kesemua ini berlaku seolahnya mahasiswa/i UKM diperbudakkan hanya dapat “bermain” di kawasan-kawasan tertentu. Mereka tidak dibenarkan “bermain” di kawasan yang luas dalam aspek ingin menutup pemikiran minda dan larangan bersosial dengan mahasiswa/i dari kolej lain. Kewujudan “pagar-pagar” di antara kolej-kolej pasti akan tercetus.
Andai kita takut dengan perpecahan dan rusuhan kaum yang berlaku pada 31 Mei 1969 di Malaysia, tidak mustahil akan berlaku rusuhan di antara kolej-kolej di universiti tercinta kita ini berikutan doktrinisasi semangat kolej. Pada ketika itu, siapa salah pasti akan dipersoalkan.
0 comments:
Post a Comment