Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Wednesday, January 27, 2010

Pro-M UKM dakwa kain rentang calonnya dibuang

Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendakwa kain rentang yang digantung malam tadi menjelang pilihan raya kampus esok, telah dibuang oleh pihak-pihak tertentu pada dua malam berturut-turut.

Kumpulan itu juga mendakwa perbuatan membuang kain rentang calon pro-M berlaku pada malam Selasa - sehari selepas penamaan calon - dan yang terbaru malam tadi.

“Malam tadi, kira-kira 18 daripada 55 kain rentang 11 calon kerusi umum pro-M itu telah dibuang,” kata jurucakap pro-M UKM ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kehilangan kain rentang yang digantung di sekitar kawasan kampus, termasuk di perhentian bas, pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Beliau mengesyaki kain rentang tersebut dibakar kerana penyokong pro-M ternampak kesan pembakaran berdekatan jalan menuju ke fakulti undang-undang.

"Jalan tersebut sunyi, dan hanya dilalui oleh pelajar fakulti itu sahaja," katanya sambil menambah, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan universiti.

Pilihan raya kampus kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara pro-M dan Pro-Aspirasi di 35 kerusi yang dipertandingkan, iaitu 11 kerusi Umum dan 24 kerusi fakulti. Satu kerusi telah dimenangi pro-M tanpa bertanding di fakulti pengajian Islam.

Dalam pilihan raya tahun lalu, pro-M memenangi 13 kerusi - kurang empat kerusi untuk menang mudah.

Manakala pro-Aspirasi (Pro-A) pula memenangi 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan iaitu lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti.

UKM antara empat kampus - Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) - yang akan mengadakan pilihan raya kampus masing-masing esok.

Dalam perkembangan berkaitan, Pro-M mempertaruhkan isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) sebagai bahan kempen utama untuk membantu mereka menambah kerusi di UKM tahun ini.

Semalam dilaporkan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis mendakwa dia diganggu oleh sekumpulan kira-kira 10 lelaki dan perempuan yang didakwanya tidak puashati dengan sokongannya kepada pihak tertentu yang bertanding dalam pilihan raya kampus.

Pelajar itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke kolej kediamannya tengah malam semalam.

Sumber: Malaysiakini

0 comments:

Post a Comment

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !