Majlis Kepimpinan Utama GMUKM

Kompilasi Kejayaan Manifesto

Provinsi Ungu [Versi Online]

Sunday, January 31, 2010

Bantahan Rasmi Calon-Calon Mahasiswa terhadap Keputusan PRK UKM

BANTAHAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN DAN PENGIRAAN UNDI BAGI PERJALANAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 2009/2010.

Berikut adalah antara tindakan yang dilaporkan telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas



1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri dan nombor matrik yang tercatat pada kertas undi walaupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja.Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pengetua berkenaan.Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1. Alasan yang diberikan adalah bagi mengelakkan daripada berlakunya pengulangan pengundian. Dalam hal ini salah seorang pengundi daripada kolej ini yang juga Calon dalam Pemilihan ini iaitu Sarfarizmal Md Saad dikesan telah membuang undi sebanyak 2 kali iaitu di Kolej Keris Mas dan juga di Pusaneka. Perkara ini telah dikesan dan disahkan oleh wakil wakil calon di kedua dua pusat pengundian ini. Hal ini jelas menunjukkan bahawa tindakan mencatat nombor siri ini dilihat sebai satu tindakan dalam usaha memberikan tekanan kepada pelajar pelajar kolej ini terutamanya pelajar Tahun1 dan ketiadaan kerahsiaan terhadap kertas undi mereka ini memungkinkan undi mereka dapat dikesan hasil catatan nombor siri berkenaan.


2) Pihak felo telah memberi arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil-wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap pelajar Tahun 1 perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut terlebih dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48 (3)(a) Peraturan Pemilihan, adalah tidak wajar untuk mewujudkan pondok panas sepanjang hari pengundian.Tindakan felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal ditangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej. Pengundi pengundi terutamanya pelajar tahun 1 telah dipergunakan untuk kepentingan pihak pihak tertentu sepanjang tempoh pengundian tersebut dan tindakan ini jelas telah melanggar peruntukan dan merupakan pelanggaran yang serius.


3) Tindakan di atas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pegawai keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5(2) yang dilihat bertindak berat sebelah dalam menangani masalah ini dan dilihat gagal menangani isu ini sehingga tempoh pengundian tamat.


4) Tindakan mewujudkan kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak-pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej berkenaan iaitu Saudara Faizul Imran bin Nadzri melalui notis yang dicop olehnya dan ditampal di dindng kolej berkenaan. Kaunter ini juga telah dikawal oleh sekumpulan pelajar yang memakai baju yang melambangkan perkumpulan yang berlogo “Aspirasi” dalam usaha meraih undi daripada pelajar pelajar Tahun 1 khususnya.


5) Terdapat juga sekumpulan pelajar menunjukkan identiti perkumpulan termasuk YDP JAKSA kolej ini sendiri dan usaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) Buku peraturan Pemilihan MPP UKM 2009.


6) Wakil calon juga telah dapat mengenalpasti terdapatnya senarai nama calon yang ditampal di papan putih di belakang kaunter SPKG berkenaan dengan tulisan cara cara memilih calon calon yang bertanding bagi kerusi umum Tahun 2 dan 3 sebagaimana dalam lampiran yang disertakan didalam senarai bukti. Tindakan ini dengan sengaja dibuat sebagai usaha memancing undi.


7) Kumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” yang menjaga kaunter SPKG ini juga telah mencatat setiap pelajar tahun 1 yang keluar mengundi yang dirujuk diatas “senarai pelajar tahun 1 dan 2” seperti yang dilampirkan dibelakang dengan tujuan semakan keatas pengundi pengundi Tahun1 yang di arahkan untuk mendaftar di kaunter tersebut terlebih dahulu sebelum membuang undi. Tindakan ini secara sengaja telah melanggar Peraturan 23.1.(a) iaitu larangan kepada percubaan untuk menentukan siapakah yang memasuki tempat mengundi dan juga Peraturan 23.1.(b) iaitu larangan kepada perbuatan menyemak dalam senarai nama seseorang yang memasuki tempat mengundi.


8) Tindakan membuka Kaunter SPKG pada hari pengundian tersebut juga secara jelas melanggar peruntukan Peraturan 23.1.(c) iaitu larangan menempatkan sebarang kerusi atau meja bagi apa apa maksud pemilihan.


9) Bermula jam 9 pagi pelajar Fakulti Pengajian Islam tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian tahun 3 sedangkan tiada pemilihan bagi kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana calon telah Menang Tanpa Bertanding. Merujuk Perkara 29 Buku Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pemilihan akan dijalankan.Tindakan ini jelas menyalahi peruntukan ini yang boleh dianggap sebagai niat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej berkenaan.


Kolej Burhanuddin Hilmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” telah bertindak mengedarkan senarai nama-nama calon kepada pelajar-pelajar tahun 1 sebagai tekanan meraih undi daripada mereka. Merujuk Perkara 23.1(d) Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009, larangan memancing undi di dalam dan di sekitar tempat mengundi. Pelajar tidak boleh memancing undi di dalam dan sekitar tempat undi.. Daripada pemerhatian Calon dan Wakil Calon yang bertanding, tindakan ini telah melanggar peraturan pemilihan dan memberikan tekanan kepada pelajar pelajar tahun 1 khususnya dalam tempoh pengundian tersebut dijalankan. Walapun perkara ini telah dibantah Calon dan Wakil Calon,namun perkara ini masih berlaku dan mereka pula dimarahi apabila membuat bantahan tersebut.


2) Tindakan sekumpulan pelajar kolej ini yang berkempen dari bilik ke bilik selepas tamat tempoh berkempen sehingga jam 3.00 pagi. Perkara ini telah dimaklumkan oleh penghuni kolej ini sedangkan waktu berkempen adalah tamat pada jam 12.00 tengah malam 27 Januari 2010. Ini melihat kepada Perkara 50 Buku Panduan Calon yang menjelaskan mengenai tempoh kempen bemula dan berakhir. Kebanyakkan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar pelajar tahun 1 dan 2 dan ini menggambarkan bahawa telah berlaku cubaan memancing undi secara salah dan tidak bermoral sama sekali di pihak JAKSA dan pemancing pemancing undi berkenaan yang memakai baju berlogo “Aspirasi”.


3) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pengetua berkenaan.Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1 terutamanya. Hal ini kerana perkara ini tidak berlaku sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang rata rata pengundinya adalah tinggal di luar kampus.


4) Semasa pengiraan undi berlangsung Wakil Calon dan Calon tidak dibenarkan melihat kertas undi secara jelas oleh pihak pentadbiran khususnya Ketua Tempat Mengundi. Peranan wakil Calon di tempat mengundi adalah bagi memastikan pengundian dijalankan mengikut peraturan peraturan yang telah ditetapkan. Ini merujuk kepada Perkara 31.1.(c) Buku Panduan calon. Merujuk Bahagian IV Perkara 43.1 (ii) (b.) “Tidak Boleh Dibuat”: Meletakkan tangan ke atas meja (duduk berjauhan sedikit dari meja mengira akan tetapi masih boleh nampak dengan jelas pengiraan undi,kertas-kertas undi). Peraturan ini menjelaskan bahawa Calon atau Wakil Calon mempunyai selaras dengan peranan dan penglibatannya dalam proses pengiraan undi ini.


5) Selepas pengiraan undi telah selesai, kertas undi keluar dari tempat pengiraan undi sebelum Ketua Tempat Mengundi mengumumkan keputusan, sedangkan merujuk Perkara 48 Buku Peraturan Pemilihan, pengumuman keputusan harus diisytiharkan oleh Ketua Pusat Pembuangan Undi selepas selesai sahaja proses pengiraan tamat tanpa menyebut perlu membawa keluar kertas undi yang telah selesai dikira. Perkara ini menimbulkan kekeliruan kepada Calon dan Wakil Calon.


Kolej Tun Hussien Onn


1) Semasa pengiraan undi dijalankan ,tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada di antara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada Calon dan Wakil Kira Undi calon. Merujuk Perkara 44.4(i) Buku Panduan Calon Pemilihan MPP, sekiranya terdapat kertas undi ragu, kertas tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pegawai MPP atau pembantunya. Pegawai Pengurus Pemilihan MPP atau pembantunya akan memberi keputusan di hadapan calon atau wakil calon,sesuatu kertas undi itu boleh diterima atau ditolak. Kemudian pihak Jawatankuasa akan menerangkan mengapa sesuatu kertas itu diterima atau ditolak kepada Calon atau Wakil calon. Tetapi perkara ini tidak berlaku.


2) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi di sekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identiti perkumpulan dengan memakai baju berlogo “Aspirasi” dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian terutamanya kepada pelajar pelajar tahun 1 kolej ini. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) dan Perkara 48(3) yang melarang mana mana pihak menunjukkan identiti yang melambangkan perkumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini member tekanan yang serius kepada pelajar pelajar terutamanya pelajar tahun 1 selain melaggar peruntukkan Peraturan.


3) Pengundi-pengundi tahun 3 dan 4 Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan kertas undi sahaja iaitu memilih calon umum tahun 3 dan 4. Merujuk kepada Perkara 28.1.(ii). Buku Panduan Calon, Pengundi akan diberikan 2 kertas undi bagi Kawasan Fakulti dan Umum. Perkara ini jelas memberikan kekeliruan kepada kami sebagai calon dan juga kepada Wakil Calon di kolej ini. Perkara ini menggambarkan ketidakcekapan dan kecuaian Pihak Jawatankuasa Pelaksana yang menidakkan hak mahasiswa sebagai pengundi.


4) Ketua Pusat mengundi tiada di tempat pengundian berlangsung, Perkara ini menyukarkan Calon dan Wakil calon membuat untuk aduan.


Kolej Ibrahim Yaakob


1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri dan nombor matrik yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja.Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pengetua berkenaan.Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1. . Hal ini kerana perkara ini tidak berlaku sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang rata rata pengundinya adalah tinggal di luar kampus.


2) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” telah bertindak mengedarkan senarai nama-nama calon kepada pelajar-pelajar tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Merujuk Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009,larangan memancing undi di dalam dan di sekitar tempat mengundi.Pelajar tidak boleh memancing undi di dalam dan sekitar tempat undi.. Walaupun perkara ini telah dibantah Calon dan Wakil Calon,namun perkara ini masih berlaku dan mereka pula dimarahi apabila membuat bantahan.


3) Sekumpulan pelajar yang memakai baju berlogo “Aspirasi” dilihat cuma mewujudkan pondok panas diluar pusat pengundian sebagai usaha meraih undi daripada pengundi pengundi terutamanya pelajar Tahun 1. Tindakan ini dilihat member tekanan kepada pengundi pengundi terutamanya palajar pelajar Tahun 1. Perkara ini bertentangan dengan Peraturan 48(3)(a) dan (b) yang mana larangan kepada mewujudkan pondok pondok panas dan usaha meraih dan merayu undi.


4) Urusetia tempat mengundi menunjukkan kotak undi yang berbeza dengan tahun pengajian pengundi .Perkara ini membuatkan pengundi tahun 1 yang pertama kali mengundi keliru.


5) Seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberi kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi. Tindakan ini menimbulkan masalah keraguan kepada pengundi,calon dan wakil calon di kolej berkenaan.


Kolej Ungku Omar.


1) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi di sekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identiti perkumpulan dengan memakai baju berlogo “Aspirasi” dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) dan Perkara 48(3) Buku Peraturan Pemilihan MPP UKM 2009. Tindakan ini jelas melanggar peraturan pemilihan dan memberikan tekanan kepada pelajar pelajar Tahun 1 terutamanya sebagai cara meraih undi dengan cara yang salah dan tidak betul.


2) Terdapat dua pelajar yang tiada di dalam senarai nama pada senarai pendaftaran kolej dan pihak pendaftaran kolej menyuruh mereka menyemak nama di Jabatan Perkhidmatan Pelajar. .Apabila menyemak nama di One Stop Centre, pegawai yang bertugas mengatakan nama mereka berdua masih ada dalam senarai nama pelajar kolej berkenaan. Pegawai yang bertugas meminta mereka menyemak semula nama di kolej,apabila berurusan dengan pihak pendaftaran kolej yang lain, ternyata betul nama mereka ada dalam senarai nama tersebut. Hal ini menunujukkan kecuaian yang serius dipihak Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej dan memberikan kesukaran kepada pengundi pengundi tersebut . Hal in seterusnya menunjukkan pengurusan pihak pendaftaran kolej berkenaan yang tidak sistematik.


Kolej Ibu Zain


1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walupun dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43(1) Peraturan Pemilihan MPP,kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat kolej ini jelas dan nyata melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi-pengundi terutama pelajar-pelajar Tahun 1.


2) Terdapat sekumpulan pelajar menunjukkan identiti perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian.Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) Buku peraturan Pemilihan MPP UKM 2009 yang melarang identiti perkumpulan sebagai usaha meraih undi.


Kolej Pendeta Za’ba.


1) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi di sekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identiti perkumpulan dengan memakai baju berlogo “Aspirasi” dan berusaha mengedar risalah senarai calon sepanjang hari pengundian terutamanya kepada pelajar pelajar tahun 1 kolej ini. Perbuatan ini melanggar Perkara 48(2) dan Perkara 48(3) yang melarang mana mana pihak menunjukkan identiti yang melambangkan perkumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini member tekanan yang serius kepada pelajar pelajar terutamanya pelajar tahun 1 selain melaggar peruntukkan Peraturan.


2) Jarak antara tempat kira undi dengan calon dan wakil calon jauh kerana tidak dapat melihat kertas undi dengan jelas. Merujuk Perkara 43.1(ii) Buku Panduan Calon berkenaan perkara “Tidak boleh dibuat” Meletakkan tangan ke atas meja (duduk berjauhan sedikit dari meja mengira akan tetapi masih nampak dengan jelas pengiraan undi,kertas-kertas undi.). Peruntukan ini menjelaskan bahawa Calon dan wakil calon masih boleh melihat kertas undi supaya kesahihan pengiraan undi dijalankan. Walaubagaimanapun, tindakan yang diambil oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana ini telah menafikan hak Calon dan Wakil calon dalam proses pengiraan undi di kolej ini.


Kolej Dato’ Onn

1) Terdapat sekumpulan pelajar yang menunjukkan identiti berkumpulan meraih undi dengan menyebut nombor-nombor di sepanjang luar tempat undi dalam sekitar jam 10 pagi. Kumpulan ini memakai baju yang berlogo “Aspirasi”. Hal ini telah melanggar peruntukan Peraturan yang telah ditetapkan dalam buku Peraturan Pemilihan itu sendiri.


BANTAHAN UMUM

1) Beberapa orang calon berbangsa Cina telah berkempen menggunakan perkumpulan secara jelas iaitu melalui Chinese Communiti Student Committee UKM iaitu Alvin Yap Chee Wah, Yong Yoon Kian dan Daniel Wa Wai How masing masing bertanding bagi kerusi U2.25 UMUM tahun 1 dan 2. Perkara ini jelas melanggar Perkara 54.3 Buku Panduan Calon dan juga Peraturan 35(3) buku Peraturan Pemilihan yang melarang mana mana calon bertanding dalam bentuk berkumpulan dan tindakan mereka ini jelas menggunakan Persatuan CCC UKM sepanjang tempoh mereka berkempen. Selain itu juga, tindakan mereka ini memperlihatkan wujudkan unsur perkauman dalam proses berkempen mereka yang mana selain menggunakan Persatuan CCC UKM bagi tujuan berkempen, mereka juga menggunakan bahasa dan tulisan mandarin bagi risalah atau fliers yang mereka gunakan selain tidak mendapat kebenaran bertulis daripada Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan MPP seperti yang dilampirkan dalam bukti.


Pada dasarnya, kami merasakan bahawa bantahan bantahan ini dibuat atas asas yang kukuh berdasarkan laporan dan pemerhatian daripada kami selaku Calon calon dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2009/2010 ini sendiri dan disokong dengan laporan daripada wakil wakil kami yang di lantik secara sah di kesemua kolej kediaman yang dijadikan sebagai Pusat Pengundian. Kami melihat bahawa kesalahan kesalahan yang dilakukan diatas adalah dibawah pengetahuan Ketua ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri yang sewajarnya memainkan peranan yang adil dan terbaik selaras dengan perananya ibarat selaku “Suruhanjaya Pilihan Raya”. Pada pemerhatian kami, pelajar pelajar Tahun 1 terutamanya telah diberikan satu tekanan yang hebat sepanjang tempoh pemilihan MPP ini untuk mengundi pihak pihak tertentu secara salah tanpa ada sebarang kawalan dan layanan yang sama rata terhadap calon calon dan wakil calon yang bertanding.


Justeru berdasarkan bukti bukti dan fakta yang material yang kami sertakan, serta persetujuan bersama pihak pihak yang membuat bantahan, kami merasakan wujudnya satu keperluan yang mendesak untuk diadakan semula pemilihan bagi Kerusi U2.25 Umum. Kami juga mencadangkan sekiranya bantahan ini diterima agar pemilihan semula bagi kerusi U2.25 ini dijalankan di Fakulti fakulti bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang dan bagi tujuan keadilan tanpa pilih kasih itu sendiri.


Konklusinya, kami berharap agar rayuan dan bantahan kami ini diterima di peringkat Jawatankuasa Induk Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia bagi sesi 2009/2010 yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Prof.Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak sendiri bagi mengekalkan integriti dan ketelusan dalam proses pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM itu sendiri.



Keputusan rasmi PRK UKM esok hasil bantahan Pro-M

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Keputusan pilihan raya kampus (PRK) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masih belum rasmi ekoran bantahan yang dibuat Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM).

Pimpinan GMUKM Jumaat lalu, secara aman menghantar surat rayuan beserta duit bantahan kepada pihak pentadbiran universiti kerana mendakwa berlaku penyelewengan yang sangat ketara ketika proses PRK kali ini.

Dakwaan ini termasuk jumlah undi yang diumumkan oleh setiap pengetua kolej tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan dari pusat penjumlahan undi.

Malah, sepanjang proses pilihanraya kampus ini dijalankan, telah berlakunya 'double standard' pihak universiti terhadap Pro Mahasiwa (Pro-M) untuk berkempen.

Ekoran bantahan itu, pihak pentadbiran melanjutkan tempoh 48 jam yang diberikan GMUKM sehingga esok untuk mengumumkan keputusan rasmi.

Pihak pengurus pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) juga bersetuju untuk bersidang bersama-sama pengetua kolej dan Jawatankuasa Kebajikan Siswa/i (JAKSA) esok sebelum mengumumkan keputusan rasmi.

Namun GMUKM mempertikai keperluan JAKSA menyertai sidang berkenaan sedangkan mereka tidak terlibat dalam menguruskan pemilihan tersebut.

Turut dikesalkan GMUKM mengenai tindakan pihak pentadbiran yang sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor (TNC) bagi menyelesaikan kes ini secara aman.

Sehubungan itu, GMUKM berharap persidangan itu menemui satu penyelesaian yang adil terhadap Pro-M.

Jumaat lalu, GMUKM selepas solat Jumaat mengadakan sesi penerangan kepada masyarakat kampus mengenai situasi PRK kali ini secara aman. Namun, apa yang dikesalkan mereka tindakan pihak pentadbiran memanggil polis beserta Pasukan Polis Persekutuan (FRU) yang dilihat sengaja menimbulkan suasana tegang dan menakut-nakutkan mahasiswa.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat Jumaat. Mereka juga melakukan kekasaran dengan merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang memberikan penerangan.

Dua mahasiswa ditangkap sewaktu sesi penerangan itu namun dilepaskan 30 minit kemudian dan diarahkan ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Kajang petang itu untuk memberikan keterangan.

PRK Khamis lalu menyaksikan Pro-M tewas di tangan Pro-Aspirasi. Mereka mendapat 15 kerusi berbanding 19 yang dimenangi pro-A manakala bebas mendapat 1 kerusi. Universiti tersebut mempertandingkan 35 kerusi.

Mahasiswa perlu bangkit lawan penyelewengan

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.

MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik dan berorganisasi melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa ini.

2. Kemenangan Pro Aspirasi secara mengejut di Universiti Malaya dan seterusnya mengekalkan penguasaan di kampus-kampus besar seperti UKM, UTM, USM, UPSI, dan lain-lain (Kecuali Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), adalah sesuatu yang sukar diterima. Hal ini kerana kemenangan Aspirasi diperolehi dalam keadaan wujudnya ketempangan nyata dalam Pilihanraya Kampus tersebut.

3. Bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), melihat pilihanraya kampus tidak ubah seperti gelanggang politik murahan pihak bukan mahasiswa yang inginkan kemenangan Aspirasi. Ini tidak lain dan tidak bukan demi kemandirian parti politik terbabit dalam pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Terdapat bukti-bukti jelas dan nyata penyertaan UMNO dalam pilihanraya kampus dan ini dapat dilihat dalam kes pemberian bajet PRK oleh UMNO Johor kepada jentera Aspirasi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) , sebanyak RM 20,000. Surat yang bertarikh 4 Januari 2010 ini telah ditandatangani oleh Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan diberikan kepada Naib Canselor UTHM sendiri, Profesor Dato’ Mohd. Noh Dalimin. Ini bukti jelas keterlibatan UMNO dalam PRK pada kali ini. Sekiranya ini adalah fitnah dan juga rekaan semata-mata, MPMN mencabar pihak UMNO dan TNC UTHM untuk membuat penafian terbuka berkaitan perkara ini.

5. Juga ketempangan dalam perjalanan PRK itu sendiri seperti isu kecacatan e-voting yang menyebabkan berlakunya server down atau ganguan teknikal selama tiga jam di Pusat Mengundi kolej Ke-3, Universiti Malaya. Juga isu pembinaan pondok panas pihak pentadbiran UKM yang jelas menjadi serampang dua mata mereka untuk merayu mahasiswa mengundi Aspirasi serta isu pengumuman undian di Pusat Penjumlahan Undi bagi Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina Tahun 3 yang tidak selari dengan pengumuman di tempat kira undi di kolej-kolej kediaman.

6. MPMN seterusnya mendesak semua pihak sama ada Pro Mahasiswa ataupun Aspirasi, yang menjadi mangsa pencabulan peraturan PRK oleh pihak Universiti, untuk membuat laporan perbuatan yang tidak sah (unlawful) itu kepada pihak yang sepatutnya seperti termaktub dalam buku peraturan perjalanan PRK di kampus-kampus masing. Sekiranya ia tidak berjaya dan pihak tersebut menafikan keadilan yang sepatutnya diberikan, maka mereka yang dinafikan haknya ini boleh menggunakan altenatif lain seperti mengadakan sidang media dan mendedahkan ketempangan yang berlaku. Juga boleh membuat laporan polis dan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan satu perintah deklarasi bahawa PRK yang dijalankan adalah tidak sah dan terbatal mengikut undang-undang yang digubal universiti serta bercanggahan dengan konsep keadilan asasi (nature of law). Walaupun tindakan ini akan dikatakan sebagai tidak mustahak dan membazirkan masa, tetapi ianya adalah penting kerana pihak yang melakukan kezaliman perlu diadili mengikut pentadbiran keadilan di Negara ini.

7. MPMN juga turut kesal dengan sikap Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 januari lalu yang telah membatalkan kemenangan 7 calon Pro Mahasiswa atas tuduhan berkempen secara berkumpulan dalam laman sosial Facebook. Bagi MPMN, tindakan pihak UPM jelas satu tindakan zalim dan menyalahgunakan kuasa kerana mereka tidak memanggil ketujuh-tujuh mahasiswa itu untuk membela diri. Jelas satu tindakan yang berat sebelah kerana mahasiswa terbabit dinafikan hak untuk membela diri (right to be heard). Tiada perbicaraan diadakan dan hukuman dijatuhkan berdasarkan anggapan semata-mata, bukannya hujahan undang-undang yang benar.

8. Maka MPMN mendesak ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit untuk menfailkan kes mereka di mahkamah dan membuat semakan kehakiman terhadap tindakan UPM ini. Walaupun ia dilihat satu perkara kecil dan tidak perlu dibawa ke mahkamah, tetapi ia sebenarnya adalah satu pencabulan hak asasi. Sedangkan orang yang mengalami kemalangan kecil akan membawa tuntutan mereka ke mahkamah, inikan pula warganegara Malaysia yang bergelar mahasiswa, yang dizalimi dan dinafikan hak asasinya oleh pihak universiti yang mengamalkan undang-undang rimba (the laws of jungle) ini.

9. Selanjutnya, MPMN turut kesal dengan sikap Menteri bertanggungjawab, Dato’ Seri Khaled Nordin yang bersikap angkuh dan diktator kerana menempelak mahasiswa yang menuntut demokrasi tulen dilaksanakan di kampus-kampus. Kenyataan Menteri terbabit yang meminta pihak Universiti tidak melayan tuntutan mahasiswa yang dizalimi, jelas satu sikap pemimpin kuku besi dan tidak layak menjaga kementrian yang dipenuhi oleh cendiakawan-cendiakawan dan mahasiswa yang merupakan pelapis kepimpinan masyarakat. Justeru, MPMN mendesak Khaled Nordin meletak jawatan secara terhormat dan digantikan dengan Timbalan beliau, Dato’ Saifuddin Abdullah yang lebih terbuka dan pro demokrasi. Perlantikan Dato’ Saifuddin Abdullah dilihat akan ‘menyegarkan’ kembali dunia pengajian tinggi dan seterusnya membenihkan kembali demokrasi buat para mahasiswa itu sendiri.

10. Akhirnya, MPMN ingin melihat agar medan kampus dijadikan batu loncatan untuk melahairkan pemimpin masyarat yang benar-benar dapat memacu negara ini ke arah yang lebih berjaya berbanding hari ini. Melalui PRK inilah, maka pembinaan negara bangsa yang berjaya dapat direalisasikan. Jangan biarkan mahasiswa menjadi anti demokrasi, sekiranya kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terus dilakukan oleh pihak berkuasa Universiti. Mahasiswa Malaysia sebenarnya tidak teragak-agak untuk mencontohi mahasiswa Indonesia dan Thailand, sekiranya mahasiswa terus diasak dengan kezaliman bertubi-tubi oleh pihak yang memerintah. Demontrasi jalanan, adalah merupakan pilihan terakhir mahasiswa bagi membetulkan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara ini.

Yang benar,

HISYAMUDDIN CHE ALI
TIMBALAN PENGERUSI MPMN/
MANTAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM
SESI 2009-2010.

KEMPEN BESAR-BESARAN : BONGKAR PENYELEWENGAN PRK UKM

Assalamualaikum,

Berkenaan Pilihan Raya Kampus (PRK) UKM baru-baru ini yang banyak berlaku penyelewengan, pihak kami telah membuat aduan secara profesional. Namun, aduan kami hanya dibakul sampahkan. Justeru, saya menyeru sahabat-sahabat yang mempunyai ruang seperti blog, FB dan lain-lain, sila "publish"kan penyelewengan-penyelewengan ini secara besar-besaran. Biar semua orang tahu bahawa ada sekumpulan manusia yang sedang menindas mahasiswa di UKM.

Yang pasti, di akhirat nanti akan saya tuntut satu persatu dari setiap orang yang merupakan PENINDAS, pendokong kumpulan penindas, penyokong dan mereka yang berdiam diri tatkala melihat penindasan. Kalau kamu yakin di pihak yang benar, jangan takut dengan ayat saya ini.

Kepada pimpinan ASPIRASI dan CCC yang kononnya bijak mahu mengajar kami supaya menggunakan pendekatan "nego" dalam menyelesaikan masalah, jangan anggap kami bodoh. Jangan anggap kami selalu demontrasi sahaja. Kami sudah banyak kali "nego". Saya bersedia berdebat dengan mana-mana pimpinan ASPIRASI dan CCC dalam isu ini kerana kamu sudah banyak kali menipu mahasiswa lain terutama tahun satu dalam hal ini.

Mesti ASPIRASI akan kata "ini fitnah!". Ya, saya cabar kamu bawa kes ini, kita tribunalkan secara terbuka. Mana tahu, kamu boleh membawa kes ini ke tribunal yang kami juga inginkan kerana kamu ada KABEL BESAR.....

Ayuh sahabat-sahabat, rancakkan kempen ini..... Sebarkan.....


ADUAN KESALAHAN DALAM TEMPOH PEMBUANGAN UNDI DAN PENGIRAAN PERJALANAN BAGI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM SESI 09/10.


Berikut adalah antara tindakan yang telah dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar di beberapa Kolej Kediaman.


Kolej Keris Mas.

1) Bermula jam 9 pagi salah seorang pelajar Fakulti Pengajian Islam Tahun 2 telah diberikan kertas undi bagi kerusi Fakulti Pengajian Islam tahun 3 sedangkan tiada pertandingan untuk kerusi Pengajian Islam tahun 2 kerana Menang Tanpa Bertanding. Merujuk kepada Perkara 29 Peraturan Pemilihan, calon yang menang tanpa bertanding akan diisytiharkan tiada pertandingan akan dijalankan. Tindakan ini jelas menyalahi peruntuntukan ini yang boleh dianggap sebagai berniat jahat tujuan mengelirukan pengundi dan seterusnya menunjukkan ketidakcekapan Jawatankuasa Pelaksana kolej ini.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Pihak Felo telah memberikan arahan kepada JAKSA Kolej untuk membuka Kaunter SPKG yang telah menimbulkan keraguan dan ketegangan antara calon dan wakil wakil calon yang bertanding. Alasan yang digunakan untuk perkara ini adalah setiap siswa/I perlu mendaftar di kaunter SPKG tersebut dahulu sebelum mengundi dengan alasan pemberian merit untuk pelajar yang turun mengundi. Ini adalah dikira sebagai penyalahgunaan kuasa oleh felo felo untuk tujuan yang salah. Merujuk kepada Perkara 48(3)(a) Peraturan Pemilihan , adalah tidak dibenarkan untuk mewujudkan pondok pondok panas sepanjang hari pengundian. Tindakan Felo felo dan JAKSA ini jelas telah melanggar peraturan dan menimbulkan ketegangan yang gagal di tangani walaupun aduan telah dibuat kepada Jawatankuasa Pelaksana peringkat kolej.

3) Tindakan diatas juga telah menimbulkan pertelingkahan yang buruk antara calon dan wakil calon dengan pihak Pegawai Keselamatan peringkat atasan sendiri iaitu Ketua Pegawai Keselamatan yang merupakan Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP merujuk kepada Perkara 5 (2)(i) yang bertindak bias atau berat sebelah selepas gagal menangani isu ini sehingga jam 5.00 petang.

4) Tindakan mewujudkan Kaunter SPKG ini juga telah dikesan dengan tujuan yang menyalahi Peraturan 48(3)(b) dan (c) yang mana Kaunter tersebut telah digunakan untuk berusaha meraih undi kepada pihak pihak tertentu dan juga bagi tujuan mengedar senarai nama nama calon yang bertanding. Kewujudan kaunter SPKG ini telah disahkan oleh YDP JAKSA kolej ini iaitu Saudara Faizul Imran Bin Nadzri melalui notis yang di cop olehny dan ditampal di dinding Kolej berkenaan.

5) JAKSA kolej Keris Mas juga telah bertindak memakai baju yang sama berlabel “Aspirasi” bagi tujuan meraih undi dan memberi tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh hari pengundian. Perkara ini telah melanggar Perkara 48(2) yang melarang menunjukkan identiti yang melambangkan identiti sebuah kumpulan seperti pakaian, tanda nama dan lain lain. Perkara ini telah diadu dan dibantah kepada Ketua Pusat Undi iaitu Pengetua Kolej sendiri oleh calon calon tetapi tidak dapat diselesaikan malahan tekanan diberikan kepada Calon yang mengadu dan membantah.

Kolej Burhanuddin Helmi.

1) Pihak JAKSA kolej bersama beberapa kumpulan pelajar telah bertindak mengedarkan senarai nama nama calon kepada pelajar pelajar Tahun 1 sebagai tekanan meraih undi kepada pengundi. Pelajar adalah dilarang untuk memancing undi sepanjang hari pengundian dengan merujuk kepada Perkara 23 Buku Panduan Calon Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar 2009. Walaupun perkara ini telah dibantah oleh Calon dan Wakil CAlon, namun perkara ini masih lagi berterusan berlaku dan Wakil Calon dan Calon pula yang diberi tekanan apabila membuat bantahan.

2) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1


3) Semasa proses pengiraan undi dijalankan, Pengetua sebagai Ketua Pusat Undi telah melakukan tindakan yang meragukan Calon dan Wakil Calon yang mengira undi. Tindakan Pengetua Kolej iaitu Prof.Madya Dr.Kadderi Md.Desa.

Kolej Tun Hussin Onn.

1) Pengundi pengundi tahun 3 Fakulti teknologi dan Sains Maklumat telah tidak dibenarkan untuk mengundi atas alasan kerusi yang dipertandingkan adalah bagi pelajar tahun 1 dan 2 sahaja. Mereka hanya diberikan 1 kertas undi sahaja iaitu bagi memilih Caloon Umum.

2) Semasa Pengiraan Undi dijalankan, tiada penyelarasan untuk memisahkan undi yang rosak. Ada diantara kertas undi yang rosak diterima tanpa sebab yang munasabah dan tanpa persetujuan daripada calon wan wakil kira undi calon.

3) Terdapat sekumpulan pelajar yang masih lagi meraih undi disekitar kawasan kolej dengan menunjukkan identity perkumpulan dan berusaha mengedar risalah senarai nama calon sepanjang hari pengundian.

Kolej Ibrahim Yaakob.

1) Jawatankuasa Pelaksana Kolej telah berterusan mencatat nombor siri yang tercatat pada kertas undi walaupun telah dibantah oleh Calon dan Wakil Calon secara terhormat kepada Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi dengan merujuk kepada buku Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009. Merujuk kepada Perkara 43 (1) Peraturan Pemilihan MPP.,Kertas undi adalah rahsia dan hanya dapat dikeluarkan pada hari pembuangan undi sahaja. Lebih teruk lagi Calon dan Wakil Calon yang membuat bantahan telah ditekan dan dimarahi oleh Pegetua Kolej berkenaan. Tindakan Jawatankuasa Pelaksana di peringkat Kolej ini telah dengan jelas melanggar peruntukan dalam Peraturan ini walau dengan apa alasan sekalipun. Tindakan ini juga telah dengan jelas sebagai usaha memberikan tekanan kepada pengundi pengundi terutama pelajar pelajar tahun 1.

2) Salah seorang pelajar tahun 2 Fakulti Sains dan Teknologi hanya diberikan kertas undi bagi memilih calon kerusi umum sahaja tanpa diberikan kertas undi Fakulti. Tindakan ini telah menimbulkan keraguan kepada pengundi, Calon dan wakil calon di kolej berkenaan.

Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka.

1) Pusat pembuangan undi ini telah dibuka lewat iaitu sekitar jam 8.20 pagi. Ini telah menimbulkan masalah kepada pelajar pelajar yang ingin mengundi. Tempoh waktu pembuangan undi adalah dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.



Secara umumnya, terdapat banyak salahlaku yang ditelah dikesan yang dilakukan diperingkat Kolej Kediaman dan kebanyakan daripadanya gagal ditangani dengan baik oleh Pengetua yang bertindak sebagai Ketua Pusat Undi. Kebanyakan tindakan ini telah memberikan tekanan kepada para pengundi, Calon dan Wakil Calon sepanjang tempoh Pengundian dan Pengiraan Undi yang berlangsung semalam bersamaan 28 Januari 2010. Masalah catatan nombor siri ini berlaku hampir di kesemua kolej kediaman yang dikawal oleh Pengetua pengetua tetapi perkara ini tidak berbangkit sama sekali di Pusat Pembuangan Undi di Pusaneka yang diuruskan oleh Jawatankuasa Pelaksana daripada Fakulti fakulti.

Atas sebab-sebab inilah dan banyak sebab-sebab yang lain yang tidak dikemukakan diperingkat kami merasakan perlu melakukan beberapa tindakan,baik dari segi rundingan dan majlis-majlis penerangan kepada mahasiswa terutamanya.

Kepada mahasiswa sekalian, marilah kita terus menyatakan sokongan kita menolak kezaliman dan penipuan yang dilakukan oleh pihak-pihak yang mempunyai kepentingan tertentu dalam mencatur politik kampus saban tahun.

Saturday, January 30, 2010

GMUKM : Terus Desak Demi Keadilan


BANGI 30 JAN - Pimpinan GMUKM secara aman telah menghantar surat rayuan berserta duit bantahan kerana berlaku penyelewengan cukup ketara ketika proses pilihanraya kampus kali ini pada pagi semalam.

Jumlah undi yang telah diumumkan oleh setiap pengetua kolej adalah tidak sama dengan keputusan rasmi yang dikeluarkan semalam. Malah, sepanjang proses pilihanraya kampus ini dijalankan, telah berlakunya 'double standard' untuk berkempen.

“Pentadbiran isytihar melanjutkn tempoh 48jam yang diberikan mahasiswa hingga hari Isnin ini. Doakanlah semoga keadilan dan kebenaran tertegak jua. Keputusan PRK UKM masih tidak rasmi (15 GMUKM, 19 API)” -GMUKM

Pihak pengurus pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar ini telah bersetuju untuk bersidang bersama-sama pengetua kolej dan JAKSA pada hari Isnin, lalu akan mengumumkan keputusan rasmi. GMUKM mempertikaikan keperluan JAKSA menyertai sidang berkenaan sedangkan mereka tidak terlibat dalam menguruskan pemilihan tersebut.

GMUKM juga berasa kesal dengan pihak pentadbiran telah sengaja melewatkan prosedur rayuan dan tidak membenarkan pimpinan GMUKM untuk berjumpa dengan TNC bagi menyelesaikan kes ini secara aman.

Selepas solat Jumaat pula, GMUKM menganjurkan sesi penerangan kepada masyarakat kampus mengenai situasi pilihanraya kampus kali ini secara aman. Namun, apa yang menghairankan ialah pihak pentadbiran telah menjemput polis beserta FRU bagi memburukkan lagi keadaan.

Dilaporkan pihak FRU telah bersedia di luar masjid UKM semasa solat jumaat. Mereka juga telah merempuh dan mencederakan mahasiswa yang sedang melakukan piket ini bagi menyatakan ketidakpuasan secara aman damai. Beberapa mahasiswa ditangkap dalam kejadian ini.

Perlu ke senjata2 ini dibawa berhadapan dengan mahasiswa?

FRU menimbulkan kekecohan di bumi UKM



Siapa yang menyebabkan keadaan menjadi tidak aman?


Amat menyedihkan kerana terdapat pihak yang sengaja memburukkan GMUKM dan mendakwa mereka telah membuat demonstrasi tidak aman dan tidak mengikut prosedur. Malah GMUKM dituduh cuba menyelesaikan masalah ini dengan cara yang tidak betul.

Beberapa universiti lain seperti UM dan UPM turut merasakan bahang kebangkitan mahasiswa. Kemenangan pro-m di UPM telah dibatalkan kerana didakwa berkempen di facebook. Manakala di UM keputusan pilihanraya digantung sementara waktu.


Gambar2 kezaliman FRU leh rujuk disini : http://ruhulamri.blogspot.com/

Friday, January 29, 2010

Pro-M UKM juga bantah keputusan PRK

KUALA LUMPUR, 29 Jan: Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini membuat bantahan kepada pihak pentadiran universiti berhubung kekalahan calonnya di Fakulti Kejuruteraan.

Seorang jurucakap Pro-M berkata, jumlah undi bagi fakulti itu yang dikira di kolej kediaman tidak sama dengan yang diumumkan di pusat penjumlahan undi menyebabkan calon Pro-M yang sepatutnya memenangi kerusi tersebut, kalah.

"Kami (Pro-M) dalam proses membuat bantahan kepada pihak universiti kerana tidak puas hati dengan keputusan pihak universiti yang memenangkan calon Pro-Aspirasi (Pro-A)di fakulti kejuteraan,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Keputusan yang diumumkan lewat malam tadi menyaksikan Pro-M memenangi 15 daripada 35 kerusi yang dipertandingkan iaitu empat kerusi umum dan sembilan kerusi fakulti.

Manakala Pro-A mengekalkan penguasaannya di kampus berkenaaan apabila memenangi 19 kerusi.

Bagaimanapun, Pro-M tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan membuat bantahan kepada pihak universiti.

Malam tadi, kira-kira 500 mahasiswa berkumpul di hadapan Kompleks Abdul Salleh bagi membantah keputusan tersebut.

Pro-M turut mengesyaki terdapat manipulasi undi dilakukan kerana walaupun proses pengiraaan undi selesai kira-kira jam 8.30 malam, tetapi keputusan hanya diumumkan pada jam 12 malam.

Sehubungan itu, Pro-M sedang berusaha membuat bantahan berhubung perkara itu termasuk juga bantahan berhubung sikap double standard pihak universiti sepanjang proses piihanraya berlangsung.

Semalam mereka mendakwa kakitangan UKM menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam semalam.

Pro-M masih menungggu jawapan daripada pihak universiti termasuk memohon untuk mengadakan sesi dialog.

Thursday, January 28, 2010

Kakitangan didakwa berkempen untuk calon Pro-Aspirasi UKM

BANGI, 28 Jan: Kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini didakwa menjalankan kempen untuk memenangkan calon-calon tajaan Universiti, walaupun waktu berkempen telah ditamatkan sejak 12 tengah malam tadi.

Pengerusi Pro Mahasiswa (Pro-M) Universiti, Afendy Abdul Rahim berkata, terdapat pondok panas didirikan di luar kawasan pembuangan undi; di beberapa kolej kediaman untuk melancarkan ‘kempen saat-sat akhir’, demi memenangkan calon Pro Aspirasi.

Bercakap dari pusat pengundian Kolej Kediaman Keris Mas, beliau berkata, taktik kempen saat-saat akhir tersebut bertentangan dengan peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

“Sukarelawan kami (Pro-M) datang sendiri ke pondok panas ini dan mendapati SPKG (Sistem Penilaian Kopetansi Generik) sedang kempen saat-saat akhir dengan mengedarkan risalah kempen di mana terdapat hanya muka, nombor calon dan nama calon Aspirasi sahaja,” jelas Afendy ketika pagi tadi.

Beliau yang juga bekas anggota MPP wakil Fakulti Pendidikan berkata, Universiti melayan beliau secara tidak profesional apabila beberapa perkara tersebut dibangkitkan.

“Malah ada (risalah kempen) yang dilekat di pintu masuk Universiti, apabila tanya (kepada mereka yang terbabit), salah seorang felo menengking saya : Kau buat kerja kau dan biar aku buat kerja aku,” jelasnya.

Ujarnya lagi, mereka yang terbabit terus mengedarkan risalah kempen tersebut secara terbuka dan mencabar ProM untuk menghalang tindak-tanduk mereka yang salah itu.

Pengetua bagi Kolej Kediaman Keris Mas, Prof Madya Salahuddin Md Nor kemudiannya cuba dihubungi untuk mendapat maklum balas, namun gagal.

Disebabkan insiden tersebut, dilaporkan ProM sedang mendesak Universiti supaya melakukan injunksi serta-merta demi membendung penyalahgunaan kuasa di kalangan kakitangan akademik dan felo Universiti terbabit.

Kolej bias : Kejahatan Aspirasi terserlah

Bangi, 28 Jan 12:30 pm | Sikap yang ditunjukkan oleh pihak pentadbiran kolej semasa proses pengundian hari ini sangat tidak rasional apabila mereka tanpa segan-silu melanggar undang-undang yang terdapat dalam buku peraturan yang pihak mereka sendiri buat.

Perkara yang paling bercanggah dengan peraturan adalah apabila pihak KIY, KBH dan KAB mengambil nombor siri mahasiswa dan mahasiswi yang datang mengundi pada hari ini. Mengikut buku panduan calon, no 28.1(iii) mengatakan bahawa undi adalah rahsia.

Pihak pentadbiran Kolej Tun Hussein Onn (KTHO) pula tidak membenarkan pelajar tahun 1 dan tahun 2 mengundi calon fakulti manakala para pelajar tahun 3 dan 4 tidak dibenarkan mengundi calon umum.

Mengikut analisis yang dibuat oleh Unit Penyelidikan Pilihanraya GMUKM, perkara ini terjadi ekoran strategi untuk memenangkan Saudara Sarfarizmal dalam pilihanraya kali ini. Pelbagai perkara yang dirancang pentadbiran antaranya propaganda media yang meletakkan muka Sarfa dalam akhbar Berita Harian hari ini.


Sarfa merupakan bekas Timb. Presiden PMUKM sessi lepas yang dianggap pengecut untuk berentap dengan GMUKM apabila tidak menghadirkan diri semasa ceramah SPKG: Apa Kata Mahasiswa di dataran pusanika pada 12 Jan yang lepas.

Ceramah ini dibuat untuk mencari penyelesaian bagi permasalahan perlaksanaan SPKG yang banyak membebankan pelajar tahun 1 dan tahun 2. Ketidakhadiran beliau menunjukkan Saudara Sarfa tidak begitu cakna dengan permasalahan dan kebajikan mahasiswa.

Selamat mengundi kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM

Mahasiswa dan mahasiswi diseru untuk turun mengundi pada hari ini. Pastikan anda mengundi calon yang tepat yang dapat menjaga dan melaksanakan agenda kebajikan. Pastikan juga setiap daripada pangkah anda tidak ada yang salah. Ingat, jangan membuat undi rosak.


Mereka Semakin Tidak Bertamadun

Bangi, 27 Jan 00:45 | Poster-poster berupa seperti di atas telah di dapati di surau KTHO dan surau FSSK. Pihak GMUKM berasa sangat kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertamadun ini.

Tambahan pula, bagi meraih undi, pihak ini telah memperkudakan mahasiswa tahun 1 dengan mengugut untuk membuang kolej. Tidak cukup lagi dengan itu, mereka diberikan ruang seluas-luasnya untuk berkempen sehingga ke bilik-bilik di kolej berbanding GMUKM yang telah dianak tirikan.

GMUKM mengharapkan kedua-kedua pihak dapat bertanding secara sihat, tiada 'double standard' kerana pertandingan ini adalah antara mahasiswa. GMUKM kesal dengan tindakan sesetengah pihak pentadbiran yang campur tangan dalam urusan mahasiswa. GMUKM berharap para pengundi dapat membuat pilihan terbaik, calon-calon yang berintelek, iaitu calon mahasiswa.

Wednesday, January 27, 2010

Respon Positif Warga UKM KL

UKM KL- Bermula jam 5.30 petang calon-calon mahasiswa bersama jentera kempen GMUKM bergegas ke Kolej Tun Dr Ismail (KTDI) dan juga Kolej Tun Syed Nasir (KTSN). Kira-kira jam 6.15 petang, calon-calon selamat tiba di KTDI.
Calon-calon Umum Mahasiswa di KTDI

Kempen bermula di kafe dan seterusnya ke gelanggang futsal, bola tampar dan sepak takraw di kolej tersebut. Respon positif daripada warga KTDI memberikan keyakinan kepada calon-calon untuk memenangi hati-hati pengundi.

Kempen Calon Mahasiswa di KTDI


Pada jam 9.00 malam pula, calon-calon mahasiswa telah menyertai slot sudut pidato anjuran pentadbiran KTSN. Sudut pidato bermula dengan ucapan dari calon-calon dari pihak Aspirasi dan GMUKM bagi FSKB, FFAM, FPER, dan FPergigian. Kemudian, calon-calon umum, calon Mahasiswa pula berpencak dalam arena pidato.

Calon No. 1 kerusi FPer Tahun 1 : Nasiha Bt Omar bersama para penyokong

Lebih mengejutkan apabila calon-calon mahasiswa berucap, mereka mendapat tepukan gemuruh bersama sorakan yang berjaya memeriahkan sudut pidato tersebut. Respon positif ini berjaya memberikan sokongan moral kepada calon-calon mahasiswa yang bertanding.



"Saya tidak takut kalah, namun, saya takut untuk melihat kempimpinan PMUKM akan datang adalah kepimpinan yang lemah."- Saudara Syafiq A Aziz, Calon Umum tahun 3 dan 4.


Calon Umum Tahun 1 & 2

Calon Umum Tahun 3 & 4

Wartawan GMUKM mendapat maklumat dari warga KTSN sendiri bahawa calon umum Aspirasi telah datang berkempen pada malam semalam. Namun atas kelewatan mereka, warga KTSN pulang lebih awal sebelum calon umum Aspirasi memulakan bicara meninggalkan jentera Aspirasi sahaja yang menjadi pendengar.

Aspirasi semakin takut di KBH


Bangi 27 Jan 7.00 pm| Para penyokong dari Gabungan Mahasiswa (GMUKM) telah dihalang oleh pihak keselamatan Kolej Burhanuddin Helmi (KBH) semasa ingin menjalankan kempen bagi pilihanraya kampus yang akan dijalankan pada esok hari.

Saudara Affandi Abdul Rahman pengerusi MAMPU berkata penyokong Pro-Mahasiswa seolah-olah diperbodohkan apabila kebenaran yang diberikan pengetua kolej diabaikan dengan pelbagai alasan yang langsung tidak masuk akal.

"Kami amat kesal apabila pihak pentadbiran turut campur tangan dalam pilihanraya kampus pada kali ini". Katanya ketika ditemui wartawan GMUKM petang tadi.

Beliau berkata sepatutnya pihak pentadbiran perlu lebih berani untuk melepaskan mahasiswa supaya mereka mampu untuk membuat perancangan sendiri. Tindakan seperti ini menyebabkan Aspirasi tidak mampu untuk melaksanakan agenda kebajikan semasa 6 sessi pemerintahan mereka di PMUKM.

Menurutnya provokasi dari pihak keselamatan mengambarkan pihak atasan khususnya pengetua kolej telah menyalahgunakan kuasa dengan mengerah tenaga pihak keselamatan untuk mengelakkan penyokong Pro- mahasiswa menjalankan kempen.

Pihak GMUKM telah menerima surat memberi kebenaran daripada pengetua KBH untuk berkempen di kolej berkenaan bermula jam 5.00 - 7.00 malam tadi.

Para penyokong GMUKM amat kecewa apabila mendapati kawasan kolej tersebut sunyi sepi seolah-olah tidak berpenghuni dan pintu blok asrama telah ditutup oleh pihak pentadbiran disamping kawalan ketat pihak keselamatan.

Ketidakadilan jelas kelihatan apabila pihak Aspirasi yang dinaungi pengetua KBH bebas melakukan kempen kepada para pelajar disamping menggantung banner calon mereka di kolej berkenaan.

Semalam sorang lelaki pro-Aspirasi telah mengejar pelajar Fakulti Pendidikan yang ingin membuat perbincangan sehingga memasuki blok pelajar perempuan kerana khuatir mereka ingin berkempen kepada penghuni kolej.

Pro-M UKM dakwa kain rentang calonnya dibuang

Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendakwa kain rentang yang digantung malam tadi menjelang pilihan raya kampus esok, telah dibuang oleh pihak-pihak tertentu pada dua malam berturut-turut.

Kumpulan itu juga mendakwa perbuatan membuang kain rentang calon pro-M berlaku pada malam Selasa - sehari selepas penamaan calon - dan yang terbaru malam tadi.

“Malam tadi, kira-kira 18 daripada 55 kain rentang 11 calon kerusi umum pro-M itu telah dibuang,” kata jurucakap pro-M UKM ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau berkata, pihaknya menyedari kehilangan kain rentang yang digantung di sekitar kawasan kampus, termasuk di perhentian bas, pada kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Beliau mengesyaki kain rentang tersebut dibakar kerana penyokong pro-M ternampak kesan pembakaran berdekatan jalan menuju ke fakulti undang-undang.

"Jalan tersebut sunyi, dan hanya dilalui oleh pelajar fakulti itu sahaja," katanya sambil menambah, kejadian itu telah dimaklumkan kepada pihak keselamatan universiti.

Pilihan raya kampus kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara pro-M dan Pro-Aspirasi di 35 kerusi yang dipertandingkan, iaitu 11 kerusi Umum dan 24 kerusi fakulti. Satu kerusi telah dimenangi pro-M tanpa bertanding di fakulti pengajian Islam.

Dalam pilihan raya tahun lalu, pro-M memenangi 13 kerusi - kurang empat kerusi untuk menang mudah.

Manakala pro-Aspirasi (Pro-A) pula memenangi 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan iaitu lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti.

UKM antara empat kampus - Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) - yang akan mengadakan pilihan raya kampus masing-masing esok.

Dalam perkembangan berkaitan, Pro-M mempertaruhkan isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) sebagai bahan kempen utama untuk membantu mereka menambah kerusi di UKM tahun ini.

Semalam dilaporkan seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) membuat laporan polis mendakwa dia diganggu oleh sekumpulan kira-kira 10 lelaki dan perempuan yang didakwanya tidak puashati dengan sokongannya kepada pihak tertentu yang bertanding dalam pilihan raya kampus.

Pelajar itu mendakwa kejadian itu berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke kolej kediamannya tengah malam semalam.

Sumber: Malaysiakini

Tahniah Pentadbiran PMFST

Bangi 27 Jan 6.00 pm|Pihak GMUKM merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada pihak pentadbiran Fakulti Sains dan Teknologi (FST) kerana telah mengundang calon GMUKM untuk turut sama dalam pembentangan manifesto di Dewan Anuwar Mahmud (DAM) tengah hari tadi.


Hari pembentangan manifesto ini telah menampilkan calon-calon daripada pro-Aspirasi, pro-Mahasiswa dan wakil calon bebas yang belajar di FST.

"Kami memandang ini adalah satu langkah yang sangat baik yang diambil oleh pihak pentadbiran FST dalam menunjukkan contoh terbaik kepada mahasiswa. Kami menentang pentadbiran yang hanya ingin memperkuda mahasiswa dan menyokong pihak yang mampu memberi tunjuk ajar kepada kami dalam melahirkan mahasiswa hebat pada masa akan datang". Ujar Saudara Mohamed Hakim bin Zulkafli calon nombor 4 GMUKM kerusi tahun 3 FST.

Beliau turut menegaskan bahawa budaya politik yang sihat sangat perlu diamalkan. Setiap calon perlu diberi peluang untuk bertanding atas padang yang rata dan diberi akses untuk berkempen di mana-mana sahaja yang mereka inginkan tanpa ada sekatan dari pihak pentadbiran.

Ketidakhadiran seorang daripada calon Aspirasi iaitu Aimi Rashidah Abdul Rahman dalam pembentangan manifesto kali ini menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Malah selepas hari penamaan calon, wajah beliau tidak pernah kelihatan untuk berkempen.

Pihak GMUKM berharap agar beliau tidak menjadi mangsa paksaan Aspirasi untuk bertanding dalam pilihanraya kali ini.

Kami juga mengalu-alukan beliau untuk membuat aduan sekiranya terdapat ugutan dikenakan kerana GMUKM sentiasa ingin menjaga kebajikan mahasiswa tanpa mengambil kira perbezaan fahaman dan ideologi.

Aspirasi Racist

Bangi 27 Jan 1.00 pm| Proses berkempen selama 2 hari dimanfaatkan semaksimum mungkin oleh penyokong dan pendokong GMUKM untuk memperkenalkan calon-calon mereka.


Peluang yang sama juga diambil oleh pihak Aspirasi terutamanya bagi Chinese Community Student Committee (CCC) apabila mereka menganjurkan debat antara pihak GMUKM dan Aspirasi terutamanya CCC berdekatan sudut pidato di Teres Eko Niaga Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) pada jam 10.30 pagi tadi.


Seramai 4 orang calon Aspirasi dan 2 orang calon GMUKM iaitu Woon King Chai calon nombor 2 kerusi tahun 2 FSSK dan Mohd Hariszuan Jaharudin, calon nombor 1 kerusi tahun 3 FSSK. Debat ini juga diwakili oleh calon yang bertanding atas tiket bebas.

Dalam debat kali ini, pihak CCC memperlihatkan rasa tidak hormati hadirin apabila bertutur dalam bahasa cina sehingga menyebabkan kebanyakan yang hadir tidak memahami debat yang ingin disampaikan.

Sikap perkauman yang menebal jugal jelas ditunjukkan apabila kebanyakan manifesto calon umum telah dicetak dalam bahasa Mandarin dan ditampal dimerata-rata tempat tanpa mendapat cop dan kelulusan dari pihak pentadbiran.

"Kami melihat ini sebagai satu sikap 'double standard' pentadbiran. Kalau betul mereka adalah golongan berkecuali, kenapa poster yang tidak bercop tidak dibuang dan dicabut oleh pihak keselamatan". Jelas saudara Affandi, pengerusi MAMPU.

Mengikut perkara 37 (5) buku peraturan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UKM 2009, kempen hendaklah dijalankan hanya menggunakan menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris sahaja.

Selain itu, calon tahun 2 Aspirasi Lim Yee Wen dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) hanya dibiarkan berkempen bersendirian tanpa ditemani oleh mana-mana pro-Aspirasi yang berbeza bangsa.

Beliau hanya bersusah payah sendirian dan mengikut calon-calon Gabungan Mahasiswa untuk meraih undi daripada mahasiswa dan mahasiswi FST.

Sikap begini telah menunjukkan ketidakfahaman mereka terhadap konsep 1 Malaysia yang mereka selalu agung-agungkan.

Ini juga menunjukkan seolah-olah dalam Aspirasi terdapat masalah perkauman yang teruk apabila CCC hanya ingin menjaga kepentingan bangsa Tiong Hua, manakali Aspirasi mengambil sikap lepas tangan terhadap calon CCC di FST.

Undi Calon Mahasiswa, Calon Berintegriti, Calon Pilihan Semua

Calon Umum Tahun 1 Dan 2 (Layak diundi oleh tahun 1 & 2 sahaja)

CALON NO. 3 : Mohd Nazri Bin Mohd Tahir


CALON NO. 6 : Siti Zaharah Binti Ramli


CALON NO. 7 : Mohd Fariq Fitri Mohd Saleh


CALON NO.8 : Mohd Hafiz Bin Abdul Razak


CALON NO.10 : Muslimah Binti Marsi


CALON NO.11 : Muhammad Hilmi Bin Ramli


Calon Umum Tahun 3 Dan 4 (Layak diundi oleh tahun 3 & 4 sahaja)

CALON NO. 2 : Muhammad Syafiq Bin A Aziz


CALON NO.3 : Muhammad Faiz Bin Ismail

CALON NO.5 : Nabilah Binti Mohamad Maiyidin

CALON NO.6 : Alia Suzana Binti Asri

CALON NO.9 : Rabunah Binti Ahmad



Calon Fakulti


Fakulti Sains Dan Teknologi

Tahun1&2
CALON NO.4 : Aiman Zhafri Bin Amiruddin
CALON NO.5 : Muhammad Hanif Bin Mohd Razali

Tahun3&4
CALON NO.3 : Khairul Aiman Bin Sahrom
CALON NO.4 : Mohamed Hakim Bin Zulkafli



Fakulti Teknologi Dan Sains Maklumat

CALON NO.1 : Zulhilmi Bin Zainuddin



Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina

Tahun1&2
CALON NO.2 : Muhammad Harith Bin Abdul Kadir

Tahun3&4
CALON NO.1 : Sarzliana Bt Soaidin@Johari



Fakulti Undang-undang

CALON NO.2 : Ou Yong Koh Beng



Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan

Tahun1&2
CALON NO.1 : Nur Sahila Binti Sapi'e
CALON NO.5 : Nurazidah Binti Mashan

Tahun3&4
CALON NO.1 : Nur Rahmah Binti Omar



Fakulti Pengajian Islam

Tahun3
CALON NO.1 : Nik Ahmad Shafie Bin Raja Daud



Fakulti Pendidikan

Tahun1&2
CALON NO.2 : Wan Ahmad Fahmi

Tahun3&4
CALON NO.1 : Khairul Anuar Bin Mat Lazim



Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan

Tahun1&2
CALON NO.2 : Woon King Chai
CALON NO.4 : Muhammad Hilman Bin Idham

Tahun3
CALON NO.1 : Mohd Hariszuan Jaharudin



Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu

Tahun1&2
CALON NO.1 : Muhibbuddin Bin Rakhibi

Tahun3&4
CALON NO.2 : Nur Ili Binti Mohamad Tarmizi



Fakulti Pergigian

CALON NO.1 : Nur Azira Binti Zahadi



Fakulti Farmasi

CALON NO.1 : Mariah binti Zakaria



Fakulti Perubatan

Tahun1&2
CALON NO.1 : Nasiha Binti Omar

Tuesday, January 26, 2010

Aspirasi KBH tidak rasional

Bangi 26 Jan 11.30 pm|Tindakan beberapa orang Aspirasi daripada Kolej Borhanuddin Hilmi dikatakan tidak rasional dan menyalahi hak kebebasan manusia petang tadi.


Hal ini dikatakan berlaku apabila para penyokong pro-Aspirasi mengekori Nurhafizah Zakaria dan Nur Atika Omar mahasiswi tahun 4 Fakulti Pendidikan yang ingin ke bilik kawan mereka bagi mengadakan perbincangan.

"Kami sangat pelik apabila diekori dan ditengking oleh beberapa orang pelajar perempuan ketika kami ingin menuju ke blok kolej. Bag kami juga ingin dirampas oleh mereka" Kata Nurhafizah kepada wartawan GMUKM.

Perkara yang paling memalukan terjadi apabila seorang pelajar lelaki turut memasuki blok perempuan semata-mata ingin menghalau pelajar FPEND ini.

"Ini adalah satu tindakan yang benar-benar mencabuli hak mahasiswi. Mereka tiada kuasa untuk mengejar orang sesuka hati. Masuk kedalam blok semata-mata ingin menghalau kami. Saya rasa sangat terkilan dengan pihak Aspirasi KBH. Kalau beginilah tindakan mereka, saya jamin PRK kali ini mereka akan kalah teruk". Tambah Nurhafizah lagi.

Tindakan yang tidak rasional Aspirasi dalam pilihanraya kali ini jelas membuktikan ketidakmatangan mereka seolah-oleh takut pada bayang-bayang sendiri, yang mana mereka akan dalam Pilihan Raya Kampus pada kali ini.


"Saya sangat kecewa dengan tindakan Aspirasi. Sepatutnya mereka boleh berfikir dengan lebih waras dan mengamalkan politik nilai berbanding politik kotor sebegini". Respon yang diberikan Saudara Khairul Anuar bin Mat Lazim calon nombor 1 bagi kerusi tahun 3 dan 4 Fakulti Pendidikan ketika dihubungi wartawan GMUKM.

Wartawan GMUKM juga mendapati bahawa pihak JAKSA dan Aspirasi Kolej di semua kolej kediaman UKM telah berkawal ketat untuk mengelakkan calon dan penyokong GMUKM berkempen di kolej.

Tindakan yang dilakukan oleh pihak Aspirasi ini dipercayai atas suruhan pihak pentadbiran yang turut sama mencatur mahasiswa.

Pihak GMUKM menyeru supaya semua penyokong pro-Aspirasi sedar dengan permainan pentadbiran dan berhenti daripada menjadi seperti lembu dicucuk hidung. Sebagai mahasiswa, kita perlu mampu untuk membuat keputusan dan tindakan sendiri tanpa perlu dicatur dan diarah.

Politik murahan Aspirasi untuk menang PRK

Bangi 26 Jan 6.30 pm| Permainan politik murahan yang dilakukan pihak Aspirasi menunjukkan kerendahan nilai moral dan kredibiliti diri mereka.

Ini jelas apabila kebanyakan banner dan poster yang menampilkan calon daripada Gabungan Mahasiswa (GMUKM) didapati hilang di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) tidak sampai 24 jam ia digantung.

Perkara yang sama juga turut berlaku di One-Stop Center apabila manifesto calon GMUKM dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) telah dicuri oleh seorang permpuan yang tidak dikenali.

"Kami amat kesal dengan tidakan yang tidak bertamadun yang dilakukan oleh pihak Aspirasi. Sebagai mahasiswa, persaingan yang sihat sangat perlu dalam mengangkat kesucian pilihanraya kampus" Ujar Nur Sahila Sapi'e calon nombor 1 FEP ketika dihubungi wartawan GMUKM.

Beliau turut menegaskan supaya pengamalan politik nilai perlu lebih diutamakan berbanding politik kepartian dan politik korupsi. Setiap tindakan yang dilakukan perlu seiring dengan status diri yang dikatakan golongan intelektual, Kelas pertama.

Tindakan Aspirasi yang ingin mensabotaj GMUKM juga jelas kelihatan apabila mereka mengoyak poster, menaggalkan banner dan mengugut pelajar tahun 1 dan tahun 2 untuk dibuang kolej sekiranya mengundi GMUKM.

Sebelum ini pihak Aspirasi juga telah melabelkan GMUKM sebagai Pro-Israel dengan menggantungkan banner memburukkan GMUKM dihadapan Kolej Ungku Omar.

Kami tetap sokong gmukm

Bangi 26 Jan 5.30 pm| "kami akan berubah untuk menyokong GMUKM pada kali ini" begitulah kenyataan seorang mahasiswa non-muslim yang tidak mahu dikenali semasa ditanya oleh wartawan GMUKM ketika proses berkempen pagi tadi.

Pihak Gabungan Mahasiswa (GMUKM) telah mula membuat kempen bagi memperkenalkan calon-calon yang bertanding bermula selepas daripada proses penamaan calon semalam.

Mengikut analisis yang dibuat oleh Unit Penyelidikan Pilihanraya GMUKM, kebanyakan pengundi bukan melayu akan beralih untuk mengundi calon-calon Gabungan Mahasiswa pada pilihanraya kali ini.Perkara ini terjadi berikutan terdapat masalah dalaman yang berlaku dalam Chinese Community Student Committee (CCC) sehinggakan wujudnya calon bebas di Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan (FEP) sebagai tanda protes terhadap kepimpinan CCC dan Aspirasi.

Pihak GMUKM juga melihat perkara ini terjadi berikutan kebimbangan Aspirasi dalam pilihanraya kali ini. Mereka menghantar calon bebas semata-mata untuk memecah undi mahasiswa supaya kemenangan akan berpihak kepada mereka.

"Kami tetap akan berkempen walau apa terjadi semata-mata ingin mengenengahkan agenda kebajikan mahasiswa". Tegas Saudara Khairul Anuar bin Mat Lazim calon nombor 1 bagi kerusi tahun 3 dan 4 Fakulti Pendidikan ketika dihubungi wartawan GMUKM.

Kempen GMUKM pada kali ini lebih mensasarkan kepada mahasiswa tahun 1 dan tahun 2 tanpa mengetepikan mahasiswa tahun 3 dan tahun 4

Pro-M pertaruh isu SPKG tambah kerusi di UKM

Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berharap isu Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) - antara yang menjadi bahan kempen utama pilihan raya kampus itu - mampu membantu mereka menambah kerusi di UKM kali ini.

Kumpulan itu dilaporkan mendakwa sistem tersebut "mempunyai unsur paksaan itu bertentangan dengan semangat kesukarelaan yang menghidupkan persatuan-persatuan di universiti".

Ia dikuatkuasakan di kampus tersebut mulai tahun lalu sebagai tambahan kepada sijil akademik Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK).

Bercakap kepada Malaysiakini semalam, jurucakap Pro-M, Ammar Ismail berkata ekoran maklum balas dan tinjauan di kalangan mahasiswa UKM, pihaknya telah berjumpa dengan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) Prof Datuk Razak Mohamad, minggu lalu.

Ammar yang juga mahasiswa tahun empat, Fakulti Pendidikan berkata Prof Razak bersetuju untuk menilai semula sistem tersebut selepas bertemu dengan calon pro-M tahun satu dan dua.

Katanya, isu itu juga diharap memberi keyakinan kepada calon mereka untuk mencapai kemenangan dengan menambah lima lagi kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada tahun lalu.


Sebanyak 35 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus tahun ini, melibatkan 11 kerusi Umum dan 24 kerusi fakulti.

Dalam pilihan raya tahun lalu, pro-M memenangi 13 kerusi - kurang empat kerusi untuk menang mudah.

Manakala pro-Aspirasi (Pro-A) memenangi 21 daripada 34 kerusi yang dipertandingkan iaitu lapan kerusi umum dan 13 kerusi fakulti.

Menurut Ammar lagi, kumpulan Pro-M juga berhasrat mengintai beberapa kerusi yang dilihat berpotensi memberi kemenangan kepada mereka dalam pilihan raya kali ini.

Fakulti yang menjadi sasaran mereka, antaranya adalah akulti pendidikan, fakulti undang-undang dan fakulti sains dan teknologi, yang masing-masing mempertandingkan dua kerusi.

Selepas berakhirnya penamaan calon semalam, Pro-M telah memenangi satu kerusi tanpa bertanding di fakulti pengajian Islam bagi kerusi tahun satu dan dua.

Penyokong pro-M turut membawa dua kuda mainan yang bertulis “aspirasi”, sambil mengejek lawan mereka yang didakwa dikuasai pihak berkuasa kampus.

UKM antara empat kampus - Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) - yang menghadapi proses penamaan calon pada hari ini.

Mahasiswa bagi keempat-empat kampus tersebut akan mengundi Khamis ini.

sumber: Malaysiakini

Monday, January 25, 2010

Pilihanraya Kampus: Proses Penamaan Calon Panas-Malaysiakini

Proses penamaan calon bagi pilihan raya kampus di empat universiti awam berlangsung hari ini dalam suasana panas, terutama di Universiti Malaya (UM) di mana para penyokong yang berbaju oren dan hitam melaungkan slogan antara satu sama lain.

Seperti biasa, pilihan raya kampus menyaksikan pertembungan antara dua kumpulan pelajar - Pro-aspirasi yang didakwa mendapat sokongan pihak berkuasa kampus, dengan Pro-Mahasiswa (pro-M).

Kira-kira 200 penyokong pro-M di Universiti Malaya, ramai daripadanya memakai baju oren, berarak ke pusat penamaan calon pagi ini. Manakala kira-kira 200 penyokong pro-Aspirasi turut berkumpul di fakulti sains, dekat pusat penamaan calon.

Penyokong pro-M melaungkan slogan 'hapuskan rasuah' dan membawa plakad yang bertulis 'RM5,000' dan nama sebuah hotel. Mereka mendakwa kumpulan pro-Aspirasi mendapat bantuan kewangan dari pihak berkuasa kampus.

Manakala penyokong pro-Aspirasi pula membalas dengan melaungkan slogan 'pro-M alat PKR'

Sejumlah 41 kerusi di pertandingkan di UM kali ini. Pro-M mengemukakan 32 calon manakala pro-Aspirasi bertanding di semua 41 kerusi.

Tiga lagi universiti yang terbabit dalam proses penamaan calon hari ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Suasana di UKM juga panas di mana masing-masing 200 penyokong Pro-M dan 100 pro-Aspirasi, hadir untuk menyokong calon mereka.

Pro-M turut membawa dua kuda mainan yang bertulis “aspirasi”, sambil mengejek lawan mereka yang didakwa dikuasai pihak berkuasa kampus.

Di UKM, selepas penamaan calon tadi, pro-M menang satu kerusi tanpa bertanding. Manakala 34 kerusi lagi akan dipertandingkan pada 28 Januari ini.

UTM pula bertandingkan 51 kerusi - 46 kerusi di kampus Skudai dan lima kerusi di kampus Kuala Lumpur.

Di Skudai, Pro-M meletakkan 43 calon dan pro-Aspirasi 46 calon, tetapi belum dapat dipastikan keadaannya di Kuala Lumpur.

Di USM pula sejumlah 39 kerusi akan dipertandingkan, tetapi pro-M hanya meletakkan tiga calon. Setakat ini pro-Aspirasi sudah 17 menang tanpa bertanding.

Turut bertanding kali ini ialah enam calon bebas.

Proses penamaan calon di UM, UKM dan USM berjalan dari jam 9 pagi hingga 12 tengahari, dan dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari bagi kampus UTM.


sumber: Malaysiakini

tvGMUKM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

#Hashtag

#Hashtag

Moving Forward

Wajib Muat Turun !